Selang 2 hari lepas baby Aidan discharge, ada follow up appointment dekat Hospital Pakar AnNur untuk periksa sama ada jaundice dia dah betul-betul berkurang ataupun tak. Pagi tu kalau visualize, nampak masih ada kuning-kuning yang agak ketara di muka.
Masuk je hospital, pergi bilik doktor.. pembantu doktor awal-awal lagi cakap. Eh nampak kuning lagi je. Dia datang tekan-tekan kulit muka, katanya nampak macam ketara. So pagi tu sebelum doktor Mahani datang, kitorang pergi buat blood test dulu.
Dalam setengah jam kemudian, pembantu doktor ambil result kemudian masa dia nak lalu depan kitorang sambil bawa result. Dia kata.. “Naik ni“.
Aduh.. kacau betul. Baru je bajet baby Aidan dah tak perlu risau pasal Jaundice. Sekali bila pembantu doktor kata macam tu, terus rasa berdebar. Berdebar bukan sebab apa, sebab takut kena bermalam kat hospital lagi. Hahaha.
Masuk je bilik doktor, doktor Mahani senyum. Katanya baby kuning tinggi ni. Bacaan naik lebih daripada 2 dalam tempoh masa 2 hari. Tambahnya lagi kalau kes macam ni, kena masuk wad.
Sekali lagi.. Aduhhhh. Arahan yang tak berapa suka nak dengar. Terus kepala ligat fikir macam mana nak settle. Terus aku tanya doktor Mahani, “Kalau buat home phototherapy boleh ke doktor?“
“Haa.. boleh” doktor Mahani jawab.
Cantekkk. Ingatkan doktor Mahani ni against treatment macam ni kan. Sekali dia siap recommend lagi service home phototherapy mana yang bagus. Hehehe
Yang direcommendkan oleh beliau adalah Bluelite Malaysia.
Katanya Bluelite Malaysia ni merupakan pioneer dalam menyediakan servis home phototherapy. Dan Bluelite Malaysia ni pun dah dikenali dikalangan doktor-doktor sebab banyak contact dengan hospital-hospital.
Menariknya lagi, harga yang diorang tawarkan oleh Bluelite Malaysia pun tak lah mahal mana. Sewa mesin phototherapy tu untuk 3 hari 2 malam baru je RM395. Dan kalau korang diluar kawasan (diorang based dekat Kelana Jaya), macam kat Bangi diorang caj RM30 je untuk buat penghantaran.
So balik dari follow up tadi, dengan keputusan untuk monitor kuning baby Aidan di rumah melalui home phototherapy. Maka kitorang pun proceed terus je untuk sewa mesin phototherapy tu. Immediate call lepas keluar daripada hospital, dalam sejam macam tu diorang datang hantar ke rumah.
Bila mesin home phototherapy dah sampai, maka bermula lah sesi “menjemur” baby Aidan kat bawah lampu. Hehehe. So far mudah je guna benda alah ni. Pasang tu, diorang yang pasangkan. Nak hidupkan pulak, tekan suis on je kat plug. Lepas tu biarkan baby kat bawah lampu.
Katanya di recommend kan untuk letak baby dalam tempoh masa 3 jam – 3 jam. Maksudnya disini, jemur baby 3 jam, kemudian rehat sejam. Lepas tu sambung balik 3 jam. Dan ulang la cycle tu.
Dan Isnin lepas, bila tiba harinya untuk follow up lagi sekali bacaaan kuning baby Aidan. Daripada keputusan blood test menunjukkan bacaan kuning dah menurun. Hari Sabtu tu asalnya 15.9, hari Isnin dah jadi 13. Yeay!
Tapi doktor Mahani ada pesan lagi, kalau boleh tambah lagi satu hari guna mesin home phototherapy. Sebab nak bagi kuning tu betul-betul turun. Dan ya, aku yang patuh dengan perintah doktor pun extend la lagi sehari. Menjadikan total hari sewaan mesin home phototherapy adalah 4 hari 3 malam, dan kosnya bertukar menjadi RM485 + RM30 (delivery).
Bagi aku okay la tu. Duit boleh cari. Nak biarkan baby Aidan kat wad bukan kata tak okay, tapi masalah aku nak ulang-alik hantar susu badan. Dah la baby Aidan ni kuat menyusu. Sejam sekali kot. So agak-agak korang kalau masuk wad, sempat ke tak nak sediakan susu banyak macam tu. Hohoho.