Minat membaca dalam jiwa kanak-kanak ni memang perlu diterapkan seawal kanak-kanak lagi. Kalau diorang dah besar baru nak didik supaya rajin membaca, memang akan jadi satu situasi yang agak sukar.
Contoh terdekat, aku sendiri.. Bukan sebab salah mak ayah aku tak didik aku untuk rajin membaca. Tapi disebabkan perangai aku sendiri yang suka mengelak bila disuruh mengadap buku. Maka dalam sebulan, kalau nak habiskan sebuah buku pun.. punya lah payah nak habis. Melainkan bila ada buku-buku yang tengah hot dan viral di laman-laman sosial, baru aku terhegeh-hegeh nak beli dan baca. Hahaha.
Jadi disebabkan ingin mengelakkan situasi sebegini berlaku pada anak-anak aku, aku nekad nak galakkan anak-anak aku membaca.
Selain daripada membeli buku-buku cerita yang menarik dan dipenuhi dengan warna-warna menarik. Baru-baru ini ada satu lagi siri buku yang menarik untuk dijadikan koleksi bacaan anak-anak aku iaitu buku yang ditulis oleh penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang telah menghasilkan buku popular “How To Train Your Dragon“, Cressida Cowell. Dimana tajuk siri buku tersebut ialah Treetop Twins Adventure.
Terdapat dua versi iaitu dalam bahasa inggeris dan juga bahasa melayu (boleh pilih nak yang mana), dan menambahkan tarikan anak-anak untuk membaca apabila ia adalah pakej yang disertakan secara percuma bagi setiap pembelian McDonald’s Happy Meal.
Well.. anak-anak aku memang hantu Happy Meal weh, especially Khair. Sebab dia tahu kalau beli Happy Meal memang akan dapat free gift.
Jadi, bagi aku penawaran happy meal dengan gift “buku cerita” melalui program Happy Meal Readers ini sangat membantu aku dalam mendidik Khair membaca. Kalau tak dihabiskan membaca buku ni sekaligus, aku ajak dia baca sikit-sikit. Especially bila waktu sebelum tidur.
Daripada diorang main mainan sepah-sepah dalam rumah, aku ajak diorang baca.. Ala-ala bedtime story. Hehehe. Bukunya pula setiap bulan adalah berlainan cerita, tapi masih lagi sambungan daripada cerita-cerita bulan yang sebelumnya.
Bukan itu je.. untuk menambahkan lagi keseronokan anak-anak membaca siri buku Treetop Twins Adventure ini, pihak McDonald’s juga telah membangunkan satu aplikasi telefon pintar yang dipadankan dengan penceritaan cerita dalam buku ini.
Menggunakan aplikasi tersebut yang diberi nama Happy Studio, anak-anak bukan saja dapat berkreatif melalui pilihan-pilihan menarik seperti Digital masks, malah mereka juga boleh bermain permainan-permainan yang disediakan didalam aplikasi ini dan disertakan juga salinan digital buku Treetop Twins Adventure untuk bacaan secara offline.
Ahaa.. bila menyebut tentang bacaan buku Treetop Twins Adventure yang boleh dibaca melalui aplikasi telefon pintar ini, ada satu fungsi menarik yang boleh ditunjukkan pada anak-anak. Dimana paparan teks yang asalnya berwarna hitam bertukar menjadi warna hijau apabila setiap kali teks perkataan dibaca dan diikut dengan jari. Hohoho
So pendek kata, sekarang ni dalam koleksi Khair dah ada 2 siri buku Treetop Twins Adventure ini dan kesemuanya dalam bahasa inggeris.
Well.. Kalau korang tanya kenapa aku pilih bahasa inggeris? Sebab aku memang sengaja pilih bahasa inggeris supaya bila Khair baca, dia dapat belajar dan improve-kan bahasa inggeris nya juga. Asyik buku cerita bahasa melayu je.. bila lagi nak baca buku cerita english kan. 🙂
Nota: Baca buku cerita english ni, seelok-eloknya duduk je sekali dengan anak-anak. Bila anak tak faham, mak ayah explain maksudnya. Barulah orang kata disamping dapat menerapkan minat membaca, dapat juga spend quality time together dengan family kan. Ke mak ayah pun tak faham english? Kalau tak faham.. macam tu kena standby kamus la. Cari maksud sama-sama. Heee
Abam baca buku omputeh… Fuiyoooo
Abam kan mat saleh pindah balik Malaysia. Kehkehkeh
Fariza pun suka baca buku ni..sebab ade gambar dan apps dia
Nina dah download Apps dia. Memang best! Anak anak enjoy.. Kira nya nengok gadget sambil belajar.
Betul tu kena terapkan minat membaca sejak dari kecik. Anak2 saya ,saya encourage diaorang untuk sukakan buku sejak dari diaorang lahir,alhamdulillah sampaj dah besar ni (preschool),nampak yang dia sgt suka buku,suka membaca dan suka belajar..
Tahniah McD..makin kerap la ai beli Happy Meals lepas ni ..
best yer baca buku siap dengan apps sekali. Anak2 konfem seronok membaca