in

Kucing Parsi Dalam Kenangan


Semalam punya cerita.. Korek punya korek external hard disk aku, terjumpa koleksi gambar kucing-kucing parsi yang pernah aku bela suatu ketika dulu. Tak banyak, ada dalam 7 ekor. Patutnya ada lebih banyak, tapi tak tahu gambar yang lain entah ke mana. Misplaced mungkin.

Garfiel Persian Cat

Kucing parsi ni aku mula-mula bela dengan seekor anak kucing parsi (Domestic Long Hair) yang dibeli daripada seorang peniaga online saja, kemudian selepas beberapa bulan aku tambah lagi seekor kucing parsi (Doll Face Persian) untuk dijadikan pasangan.

Kucing parsi comel

Grey persian cat

Nak dijadikan cerita, selepas kedua-duanya dah mula membesar.. pasangan kucing ini mula membiak. Sekali beranak, aku dapat anak kucing parsi baru dalam bilangan 3 hingga 4 ekor. Comel-comel belaka. Tapi kebanyakannya, anak-anak kucing ini aku jual kerana tak ada ruang yang mencukupi untuk aku bela kesemuanya.

Tri-color persian cat

Tortie persian cat

Laris, setiap kali aku iklankan secara online memang ramai yang akan call. Tak sampai beberapa hari diiklankan pasti ada yang datang membeli. Well.. Kucing parsi. Biasalah, siapa yang tak suka kan.

Kucing parsi

Bulu gebu, badan gemuk gedempol, muka innocent. Jalan pun melenggang sambil goyang-goyangkan ekornya yang kembang. Sesiapa pandang pun geram je nak terkam.

Bi-color persian cat

Tapi.. bila diingat-ingatkan balik, nak bela kucing parsi ini bukan satu proses yang senang. Ada banyak pantang larangnya.

Kucing-kucing parsi ini perlu dijaga kebajikannya. Sama juga seperti manusia.. kebersihan, pemakanan, ubat-ubatan, tempat tinggal dan yang paling penting, bulu-bulunya kena rajin disikat (grooming). Ahaa.. proses ini kalau ownernya malas nak jaga, alamatnya tunggu masa je bulu-bulu itu akan bergumpal. Kalau dah bergumpal, silap-silap haribulan terpaksa cukur satu badan bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius.

p/s: Hari tu masa pergi Farm In The City, kat dalam sana ada petshop yang jual British Shorthair. Comel. Geram je nak beli. Nasib baik duit tak ada. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Seronok dapat bela kucing yang comel dan gebu macam kucing Parsi… Tapi nak jaga yang tak larat tu.. Kebetulan pula dua orang anak lelaki saya menghidap penyakit Asma… Sebagai langkah keselamatan, kami hanya boleh bela kucing di luar rumah sahaja.. 😉

  2. Ty nak bela kucing tapi xkesampaian hajat sebabnya dok sorang2 , masa tak ada sangat. Haihs… rindu arwah2 kucing dan kucing2 yang fam dah buang / bagi orang. Ritu gi FITC pun jadi gila sat main dgn kucing.

  3. Comey sungguh kucingnya…geram sangat tengok. Anak Iza dok cakap comeynya kucing tue mama…comeynya kucing tue. Tapi itu ler kena rajin menguruskannya.

  4. salam…cutenye.sy nk tye ade sape2 tak yg nak jual ank kucing@kucing parsi semiflat or flat face..kalu ade gtau lh.

Leave a Reply to islam di dadaku Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *