in

Kucing Oh Kucing


Kucing, haiwan berbulu yang comel. Dulu Hafiz pernah bela beberapa ekor kucing berbulu panjang jenis Persian ataupun nama melayunya kucing parsi. Majoriti kucing jenis ini sememangnya gemuk dan suka dibelai manja sambil buat aksi-aksi comel yang mencuit hati.

Garfield

Tidak dinafikan penjagaan kucing jenis parsi ini leceh kerana terdapat banyak benda yang perlu diberi perhatian, baik dari segi pemakanan, kebersihan dan jugak rutin harian mereka. Dengan erti kata lain ia boleh diibaratkan seperti menjaga seorang bayi yang masih kecil.

Sebagai contoh, bulu kucing jenis parsi ini perlu disikat setiap hari bagi mengelakkan bulunya yang panjang itu bergumpal. Sekiranya bulu-bulu itu jarang disikat dan akhirnya menyebabkan ia kusut dan bergumpal, maka bulu-bulu itu terpaksa dicukur. Ini kerana bulu yang rosak boleh menyebabkan rasa tidak selesa kepada kucing.

Proses mencukur bulu kucing yang sudah rosak itu pula tidak boleh dilakukan secara sembarangan, ia perlu dilakukan secara teliti oleh individu yang bertauliah. Ini bagi mengelakkan kucing tersebut daripada sebarang jangkitan kuman atau virus yang mungkin akan hinggap ke kulit sensitif kucing itu.

Contoh kedua dari segi pemakanan pula, setiap kucing mempunyai dietnya yang tersendiri. Bergantung kepada persekitaran dan juga antibodi, pemakanan mereka perlu diteliti bagi mengelakkan masalah keguguran bulu. Keguguran bulu kucing bukan sahaja boleh menyebabkan rasa tidak selesa kepada orang yang berada didalam rumah, malah meningkatkan risiko untuk terkena serangan asma.

Nota: That’s why sekarang Hafiz dah tak bela kucing. Sebab isteri ada asma. High risk untuk dia.

p/s: Kucing parsi paling gemuk yang pernah dibela namanya Garfield (gambar kat atas).


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. Pengalaman yang menarik daripada Bro… Dulu semasa kecil-kecil saya juga ada membela kucing… Tapi sayangnya kedua-dua anak saya mengidap penyakit asma.. Jadi tak boleh nak bela kucing dalam rumah…

  2. Kie obses ng kucing…

    tapi hajat belum sampai untuk pelihara kucing sebagai teman harian…

    sebab ayah xsuka kucing sebab faktor penjagaan… sebab weolzz kadang2 travel…

    tapi boleh je pun bawa dlm cage kan… hurmmm

  3. DT ada 14 ekor sekarang ni, dan pernah membela sebanyak 30 ekor kucing dalam satu masa. alhamdulillah semua nya sihat sihat belaka…

  4. Asyrof peminat kucing.

    Kalau jumpa mesti nak laga pipi Asyrof dengan kucing. hahah! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *