in

Kotak Like Facebook Menjengkelkan


Blogwalk adalah salah satu cara untuk meninggalkan jejak ke sesuatu blog, malah ia juga merupakan satu kaedah yang berguna kepada blogger untuk mendapatkan idea-idea baru kepada blog mereka sendiri ( rujuk 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea )

Tetapi kadang-kala aktiviti blogwalk ini juga boleh menjadi sesuatu aktiviti yang menjengkelkan. Ini terjafi apabila terdapat sesetengah blog diluar sana yang sering memaksa para pengunjung untuk “Like” fanpage blog atau pun personal masing-masing.

Contoh paling terbaik, seperti ini:

Facebook like box with timer

Bagi Hafiz sendiri jika perkara sebegini terjadi, langkah mudah yang Hafiz akan lakukan adalah terus keluar daripada blog tersebut melainkan Hafiz akan cuba untuk menghilangkan kotak “Like” itu sekiranya isi kandungan ataupun Cerita didalam blog itu betul-betul berguna bagi diri Hafiz.

Bagi kotak “Like” yang tidak menyediakan butang tutup, penyelesaiannya cukup mudah. Anda semua boleh mengikuti tutorial mudah yang Hafiz kongsikan.

  1. Klik kanan pada kotak “Like” > Inspect element

    Klik image untuk besarkan
  2. Pilih coding kotak “Like” dan juga backgound hitam. Semasa pemilihan coding dijalankan, bahagian-bahagian yang berkenaan akan di-highlight-kan

    Delete element
    Klik image untuk besarkan
  3. Klik kanan pada coding > Delete node.

    Delete coding
    Klik image untuk besarkan
  4. Siap!

    Klik image untuk besarkan

Mudah dan pantas. Tetapi perlu Hafiz memberitahu anda semua, tutorial diatas menggunakan fungsi pelayar Google Chrome. Mungkin terdapat sedikit perbezaan sekiranya pelayar lain digunakan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

41 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Pakdin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *