Kotak Like Facebook Menjengkelkan

Blogwalk adalah salah satu cara untuk meninggalkan jejak ke sesuatu blog, malah ia juga merupakan satu kaedah yang berguna kepada blogger untuk mendapatkan idea-idea baru kepada blog mereka sendiri ( rujuk 37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea )

Tetapi kadang-kala aktiviti blogwalk ini juga boleh menjadi sesuatu aktiviti yang menjengkelkan. Ini terjafi apabila terdapat sesetengah blog diluar sana yang sering memaksa para pengunjung untuk “Like” fanpage blog atau pun personal masing-masing.

Contoh paling terbaik, seperti ini:

Facebook like box with timer

Bagi Hafiz sendiri jika perkara sebegini terjadi, langkah mudah yang Hafiz akan lakukan adalah terus keluar daripada blog tersebut melainkan Hafiz akan cuba untuk menghilangkan kotak “Like” itu sekiranya isi kandungan ataupun Cerita didalam blog itu betul-betul berguna bagi diri Hafiz.

Bagi kotak “Like” yang tidak menyediakan butang tutup, penyelesaiannya cukup mudah. Anda semua boleh mengikuti tutorial mudah yang Hafiz kongsikan.

  1. Klik kanan pada kotak “Like” > Inspect element

    Klik image untuk besarkan
  2. Pilih coding kotak “Like” dan juga backgound hitam. Semasa pemilihan coding dijalankan, bahagian-bahagian yang berkenaan akan di-highlight-kan

    Delete element
    Klik image untuk besarkan
  3. Klik kanan pada coding > Delete node.

    Delete coding
    Klik image untuk besarkan
  4. Siap!

    Klik image untuk besarkan

Mudah dan pantas. Tetapi perlu Hafiz memberitahu anda semua, tutorial diatas menggunakan fungsi pelayar Google Chrome. Mungkin terdapat sedikit perbezaan sekiranya pelayar lain digunakan.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

41 Comments

Leave a Reply
  1. blog ni la. kalau gua jahat..gua buat report aje..innity tu anytime leh hilang.

    nak report blogger.com pun boleh kalau ko nak.

    memang nangis la budak ni dibuatnya..

    masa tu, boboboy kuasa tiga pun tak leh selamatkan blog dia.

  2. saya pun sama.kekadang kalau ada button close, boleh terima jugak, ada juga yg pasang sehingga beberapa bil saat. Kenapa ye depa berebut nak dapat like banyak2 utk page, ada sesapa boleh jelaskan..?

  3. kak jie jenis tak terikat dgn benda² promosi diri untuk diSUKA, contoh fanpage…cuma da friendpage.

    Kak Jie tak nilai seseoran diSUKA dengan angka.

  4. Takde masalah kalau letak X, walau da ayat sila like dulu sebelum membaca…
    Pilihan blogger tuh sndiri nak letak X atau tak…
    macam saya, kebanyakkan blog ada letak X,..
    cuma blog personal je tak letak benda alah ni…
    so pembaca menilai

  5. aku hari tu ada naikkan dalam status fb aku tentang ni. yang sediakan button x tu kira okay lagi, tapi yang tak sediakan apa2. kena tunggu sampai 100 saat, 80 saat, 60 saat. tu tak pe lagi. dah tekan like pun kena menunggu jugak.. adeh

  6. Emm nilah rupanya blog yang ENcik Titan maksudkan tu kott…hehe..nakal lah komen en titan..ni kiranya perlawanan adudu dengan boboboy kuasa 3 lah ni..haha..emm saya masuk sakni..banyak giler gosip..makin lama makin kurus puasa…hahahaha

  7. saya sering juga menemui blog yang ada kotak like facebook seperti itu dan rasanya menunggu load yang beberapa detik tu sungguh lama
    terima kasih atas tips menariknya, nanti akan saya terapkan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WW: Kantoi Tak Puasa

Komisyen JomNiaga..Dapat Lagi