in

Konvensyen Usahawan Muslim – Belajar Dari Pakar


9 daripada 10 punca rezeki adalah melalui perniagaan

Statement ini selalu dapat dilihat dimana-mana sahaja lebih-lebih lagi apabila terdapatnya gerbang ICT yang memudahkan penyebaran maklumat dilakukan, bahkan sebelum ini jika ditanya sesiapa sahaja yang beragama Islam sekalipun pasti tidak akan menidakkan pesanan Rasulullah s.a.w yang sememangnya benar.

Di Malaysia khususnya, saban hari dapat dilihat dari segi peningkatan bilangan usahawan Muslim. Bukan itu sahaja, bilangan usahawan muslimah juga semakin berkembang maju.

Maka disebabkan ingin melihat lebih banyak kejayaan didalam perniagaan tempatan yang dicapai oleh usahawan muslim pada masa akan akan datang, MentorNiaga.com (Mentorniaga Resources) dengan kerjasama WangCyber (Shuth Network Sdn Bhd) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu seminar yang dinamakan, Konvensyen Usahawan Muslim.

Konvensyen Usahawan Muslim

Konvensyen ini tidak lain tidak bukan yang bertujuan untuk menyampaikan tips-tips keusahawanan dan juga perkongsian pengalaman daripada panel-panel berkaliber iaitu:

CEO Kumpulan Media Karangkraf

Dato’ Husammudin Yaacub : CEO Kumpulan Media Karangkraf

Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd

Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan : Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd

Pengasas Persatuan Pengguna Islam MalaysiaDatuk Nadzim Johan : Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
Datuk Wira Dr.Haji Ameer Ali Mydin : Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd

Dato’Dr Rusly Abdullah_chef liDato’ Dr.Rusly Abdullah (Chef Li) – Mentor Jutawan Senyap

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi – Penceramah Bebas

Bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI), semua yang baru melibatkan diri dalam perniagaan dan tidak kurang juga bagi yang ingin mengembangkan network, dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai peserta.

  • Tarikh: 7 September 2013
  • Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Tajuk seminar: BISNES SEBAGAI FARDHU KIFAYAH

Sebarang info tambahan boleh didapati dilaman web www.KonvensyenUsahawanMuslim.com


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. @Hafiz,
    Artikel menarik. Menang boleh dapat tiket free.
    All the best!

    Kami pun baru sahaja sertai Cabaran ini…
    Sekadar mencari kenalan blogger baru..
    Selamat berkenalan.

    Jemput terjah pula di artikel kami.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Webmaster
    PAKAR NIAGA

Leave a Reply to fyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *