Kontes Video Merdeka Melalui Escape Shots

Okay, sekarang dah masuk bulan 8 kan. So ada apa dengan bulan Ogos?

Haa..Dah tentulah Hari Kemerdekaan negara kita. Iaitu kemerdekaan yang sudah masuk tahun ke-57.

So, bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke-57 ini,pihak Celcom Escape ingin mengambil kesempatan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri semua orang iaitu dengan melancarkan satu kontes baru yang dipanggil “ESCAPE Shots – Merdeka Video Contest“.

Kontes ini adalah satu pertandingan video pendek yang bertemakan “Di Sini lahirnya Sebuah cinta“.

ESCAPE Shots - Merdeka Video Contest

Untuk menyertai kontes video pendek ini, mudah sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memuat turun lagu “Warisan”. Lagu “Warisan” ini boleh dipilih antara dua, iaitu sama ada korang memilih lagu asal yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad ataupun lagu yang dinyanyikan semula oleh penyanyi yang bernama Narmi (versi akustik). Lagu versi akustik boleh dimuat turun di laman web www.celcomescape.com/escapeshots.

Kemudian, anda perlu merakamkan video pendek sekitar 3 minit yang menunjukkan rasa kasih sayang anda kepada tanah air tercinta, iaitu Malaysia. Seterusnya memasukkan lagu yang bertajuk “Warisan” yang telah dimuat turun tadi kedalam video tersebut.

Siap dan submit!*

Sedikit info mengenai lagu “Warisan” yang dinyanyikan semula oleh Narmi:

Narmi-warisan

Ia merupakan lagu akustik yang dinyanyikan semula sebagai tanda peringatan Narmi kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad, dimana beliau mendapat ilham untuk menyanyikannya setelah mendapat inspirasi daripada barisan pertama lagu itu, iaitu “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”.

Untuk peserta yang menyertai contest ini, video-video kreatif dan menarik akan berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM157,000 dimana;

  • Tempat pertama bernilai RM57,000
  • Tempat kedua bernilai RM30,000
  • Dan, 7 hadiah saguhati bernilai RM10,000

Jadi, kepada pembaca-pembaca sekalian, rakan-rakan blog dan juga rakan-rakan yang gemar merakamkan video sendiri, inilah peluang keemasan kepada korang semua. Jom sama-sama kita tunjukkan dan semarakkan lagi rasa cinta kepada negara dengan menyertai Kontes Video Merdeka : ESCAPE Shots. Untuk maklumat lanjut layari www.celcomescape.com.

Nota 1: Tarikh terakhir untuk penyerahan video adalah pada 9hb September 2014.

*Nota 2: Penyerahan video boleh dibuat melalui 2 cara:

  1. Melalui borang online, dimana korang perlu memuat naik video tersebut didalam Youtube. Seterusnya sertakan link video Youtube anda sewaktu mengisi maklumat yang diperlukan di dalam borang ini -> Borang penyerahan online
  2. Melalui pos, dimana korang perlu mengisi maklumat didalam borang penyerahan online terlebih dahulu, kemudian cetak borang dan akhir sekali poskan video (ber-format AVI, MP4 ataupun H.264) yang telah dimasukkan kedalam DVD kealamat seperti berikut:

Aras 21, MenaraCelcom,
82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur

Update: Dah tamat.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dulu Artis, Sekarang Model

Cirit Dan Muntah Lagi