Koleksi LEGO Ninjago Untuk Peminat-Peminat Ninja

LEGO, antara permainan puzzle yang paling popular pernah aku tahu. Tak kisahlah sama ada bagi kanak-kanak ataupun dewasa, all time favourite orang kata.

Beberapa hari lepas aku diantara blogger yang bertuah kerana dihadiahkan 4 kotak set LEGO oleh LEGO Malaysia. Koleksi terbaru mereka iaitu LEGO Ninjago.

LEGO Ninjago

Banyak tak? Hohoho.

Sebaik saja dapat hadiah macam ni, teringat pula kenangan aku masa kanak-kanak dulu.. ketika aku mula diperkenalkan dengan permainan LEGO. Dimana pada ketika aku dihadiahkan oleh ayah set LEGO yang pertama, sehinggakan aku sanggup menahan mata yang sedang mengantuk semata-mata untuk menyiapkan model permainan (nampaknya mungkin perkara yang sama juga akan berlaku pada Khair). Hihihi.

Disaat aku menyerahkan permainan LEGO Ninjago ini kepadanya, impresi wajah Khair yang tersenyum sampai ke telinga menunjukkan betapa seronoknya dia menerima hadiah yang kadang-kadang aku sendiri pun akan berfikir 4-5 kali sebelum melakukan pembelian (dek kerana harganya yang errr.. agak diluar kemampuan. Hahaha).

Jom kita pasang LEGO Ninjago!

Sebagai seorang ayah yang mithali, proses untuk memasang LEGO perlulah dilakukan bersama-sama Khair dengan penuh kasih sayang. Dari proses membuka packaging LEGO sehinggalah memasang brick-brick LEGO, satu per satu ditunjukkan kepadanya agar ianya dapat membantu mencorakkan daya kreativiti Khair untuk ke tahap yang super kreatif seperti ayahnya sekarang. 😉

Khair main LEGO Ninjago

Khair pasang LEGO
Salah tu daddy. Patut pasang macam ni laaa..

Khair pasang LEGO Ninjago

Main LEGO Ninjago

Yeay.. Siap! Terpancar raut wajahnya yang excited setiap kali melihat permainan LEGO ini.

Oh yaa.. Serba sedikit mengenai sejarah koleksi watak LEGO Ninjago ini, dimana ia merupakan karakter LEGO yang telah diperkenalkan sebagai siri television pada sekitar tahun 2011. Terdapat 4 watak utama hero ninja iaitu Kai (Master of Fire), Cole (Master of Earth), Jay (Master of Lightning) dan Zane (Master of Ice) yang merupakan anak didik Sensei Wu untuk menentang watak jahat yang diketuai oleh Morro (Master of Wind).

Lego Ninjago

Helikopter LEGO Ninjago. Rasa-rasanya, ada tak diantara korang yang nak juga miliki set LEGO Ninjago ini?

Untuk makluman, jika korang ingin mendapatkan juga koleksi-koleksi ini, pihak LEGO Malaysia sedang menjalankan satu event Ninjago yang bertempat di The Curve Concourse, Damansara, bermula daripada 16-27 September ini.

LEGO Ninjago Battle Dojo

Disana, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh sertai dan nikmati, diantaranya adalah promosi kepada set LEGO Ninjago, meet & greet session bersama karektor Ninjago, LEGO Ninjago Battle Dojo (tempat untuk anak-anak berlatih ninja), dan yang paling istimewa ialah pameran buat julung kalinya kepada umum iaitu set LEGO Ninjago™ Temple of Airjitzu.

LEGO Temple of Airjitzu

Menarik tak?

Haa.. Dan, ada satu lagi benda menarik yang ingin aku kongsikan. Bersempena dengan event ini juga, pihak LEGO Malaysia sedang menganjurkan satu contest Instagram yang cukup mudah. Dimana 3 bakal pemenangnya akan menerima hadiah berupa hamper LEGO Ninjago yang bernilai RM600.

Contest ini yang dinamakan sebagai “What’s Your Favourite Ninja Move?” hanya memerlukan korang untuk:

    1. Mengambil gambar ataupun insta video anak-anak anda yang sedang melakukan aksi-aksi ninja kegemaran mereka

A photo posted by Hafiz Rahim (@hafizmdrahim) on

  1. Menghantar penyertaan melalui applikasi Instagram dan gambar tersebut di “public” kan
  2. Dan, memasukkan 2 hashtag rasmi serta caption berikut kedalam gambar penyertaan:
    “I want to win a #LEGONinjagoMY gift hamper from LEGO Malaysia. Here’s my #MoveLikeANinjago!”

    Nota:
    *Kelebihan kepada mereka yang mengenakan kostum ninja dan menggayakan produk LEGO dalam gambar penyertaan.
    ** Boleh menghantar gambar penyertaan lebih daripada 1 (satu) tetapi setiap peserta hanya akan menerima maksimum 1 (satu) hadiah sahaja.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Bertuahlah dapat set lego yang mahal ni. Sampai 4 set pulak tu. Untugla anak2 Hafiz.. eh.. Ayah dia lah untung.. dapat bagi anak2 lego tanpa perlu keluarkan belanja. 😀
    Congratz!!!
    Nak jugaklaaa!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beza Blog Dulu Dan Sekarang

Pelaburan Hartanah: 5 Teknik Rahsia Terbongkar!