KitKat 4.4.2 Sudah Mari

Sebenarnya dah agak lama aku teragak-agak untun pakai custom rom ni. Sebab aku malas nak merumitkan keadaan bila nak claim warranti apabila terjadi apa-apa.

Tapi…

Bila dah keinginan menguasai pemikiran, tambah pula waranti pun dah nak habis sangat dah. Tangan pun mula gatal, search itu search ini.

Kebetulan pula masa aku search, custom rom Android 4.4.2 versi Gummy rom baru dilancarkan. Daripada survey yang telah dilakukan, nampak gayanya ia adalah custom rom KitKat terbaik buat masa ini.

So, tanpa melengah-lengahkan masa lagi..operasi dijalankan. Dan ini hasilnya..Tadaa!!

Android KitKat

Custom rom Android KitKat 4.4.2-Gummy Rom

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali pertama aku memasang custom rom pada telefon aku. Agak cuak juga takut ter”brick” Samsung Galaxy S3 kesayangan. Almaklumlah, sebelum ini cuma tahu root sahaja. Kira sekarang dah semacam naik satu tahap lagi. Hahaha.

Terima kasih diatas perkongsian ilmu daripada rakan di #TeamWork, Alhamdulillah. Sedikit sebanyak tunjuk ajar daripada mereka, ada membantu aku dalam proses pemasangan rom yang dilakukan.

Nota: Hari ini cerita dah pasang rom baru je. Nak tunggu review, bagi aku guna dulu 2-3 hari.

p/s: Pandang pertama, performance Gummy rom agak smooth. Banyak customization yang boleh dilakukan, cuma kalau on internet..bateri agak laju berbanding stock rom. Mungkin ada setting yang aku belum adjust. Kena check balik.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 14 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ular Sawa Besar di Putrajaya

    Minggu Busy