in

Kisah Malam Pertama


Fuyooooooo.. ini lah kali pertama aku berada didalam sebuah bilik dengan seorang wanita.. macam jakun darat siot. Ya, seorang wanita yang bergelar isteri, isteriku yang sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangut atas katil sambil memerhatikan isteriku yang dari tadi menyisir rambut di depan almari solek. Mati kutu aku dibuatnyer.

Kat luar ramai orang, semuanya saudara mara pihak isteriku. Mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menguruskan majlis persandingan kami siang tadi.

Penat, memanglah penat. Tapi di saat-saat indah sebegini penat-penat ini semua memang tak fikir dah.. tolak tepi dulu perkara itu.

Tapi.. yang menjadi tanda tanya sekarang ini ialah macam mana aku nak mulakannya.. Yelah, nak approach isteriku. Al-maklumlah aku bukannya ada pengalaman bab-bab macam ni. Aku perhatikan isteriku sambil terpikir lagi dalam kepala.. apakah plan atau script yang hendak aku keutarakan.. takkan nak duduk macam ni je sampai pagi kan. Hohoho.

Abang ngantuk?” isteriku bersuara.

Berderau darah aku tatkala mendengar suara dia yang lunak merdu (ya lah.. baru kahwin memang lah lunak, merdu. Cuba kalau dah kahwin sepuluh, dua puluh tahun.. kontraktor buat piling pun kau akan kata lagi merdu. Hahaha).

Berbekalkan t-shirt Byford yang melekat di badan beserta kain pelikat yang terikat dipinggang, diikuti dengan muka millenium yang amat menggoda, lalu aku pun menjawab..

Tak sayannnggg.. Abang belum ngantuk lagi”..

Isteriku berdiri lalu duduk disebelahku dengan senyuman yang cukup power lagi berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkena karen. Aku berdiri, lalu meluru mendapatkan suis lampu.

Tup!.. Lampu dimatikan. Keadaan jadi gelap gelita.

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEPPPPPPPP!!!!!
BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEPPPPPPPP!!!!!

Pager aku berbunyi.

Dalam hati aku, hamlao mana yang kurang ajar page aku disaat-saat genting macam ni! Ahhh!! Aku nekad. Persetankan saja benda tu. Buat bodoh sudah.

Aku teruskan melangkah menuju ke tempat isteriku berbaring..

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEPPPPPPPP!!!!!
BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEPPPPPPPP!!!!!

Demmm.. Dia bunyik lagi..!!

Alaaa banggggg.. Siapa yang page tuuuuuuu. Kacau je. Bagitau dia jangan ganggu“.. keluh isteriku.

Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilik. Almaklumlah, dalam bilik aku tak ada telefon, jadi terpaksalah aku guna telefon diluar.

Bila saja aku keluar daripada bilik, orang diluar semuanya perhatikan aku. Mereka yang awalnya tadi riuh rendah berborak, keadaan tiba-tiba jadi senyap-sunyi. Aku hanya tersenyum, tanda hormat sebagai pendatang baru dalam keluarga mereka.

Aku terus dapatkan telefon yang berada di sudut ruang tamu. Namun, pandangan mereka terus memerhatikan aku. Ada yang tersenyum dan ada pula yang tersengeh.

Kebetulan bapa mertua aku baru melangkah keluar dari dapur, dilihatnya aku dengan telefon di tangan..

Astaghfirullahalazimmmmmmm…!!!” dia istighfar.

Kenapa ayah?” aku tanya kehairanan.

Mana pergi kain kau Man?” tanya bapa mertua aku.

..

..

..

😛 😛 😛

Hahaha… Sekian.

Nota: Pengajaran kepada pasangan yang baru berkahwin, sila pastikan anda memakai seluar dalam apabila memakai kain pelikat pada malam pertama. Takut lah tiba-tiba terjadi macam insiden diatas kan. Hehehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *