Kalau Ariff Shah menceritakan tentang dugaan dan halangan yang terpaksa beliau tempuhi semata-mata untuk menghadirkan diri ke peperiksaan PTD, lain pula cerita Hafiz. Ceritanya bermula lebih awal, kira-kira jam 1.30 pagi..Tengah syok melayan mimpi indah bersama Emma Maembong tiba-tiba Hafiz dikejutkan dengan tangisan Khair yang tidur bersebelahan.
Owh..difikirkan dalam hati sudah tentu Khair lapar nak minum susu. Ok, bancuh susu sekejap kemudian disuakan ke mulut Khair. Tettt..Reject..Aduh, Khair taknak minum malahan menangis lagi kuat. Jeritannya punyalah sekuat hati sampai nak terkeluar anak tekak. Wife terjaga dari tidur. Biasanya kalau dah jadi macam ni, bila wife dukung Khair terus je dia akan diam.
Gambar hiasan
Tapi sangkaan Hafiz meleset sama sekali, perkara yang sama berulang. Khair makin melalak. Ahh sudah..Takkan Khair kena sampuk hantu kot. Kitorang berdua masing-masing dah panik, tak senang duduk diam. Hafiz bacakan ayat Qursi kemudian azan di telinga, still tak jalan.
Jam yang tadinya menunjukkan jam 1.30 pagi sekarang menunjukkan jam 2 lebih. Tak boleh jadi ni. Langsung tak ada tanda-tanda nak reda. Bawa duduk depan tv tengok cerita Upin Ipin pun tak jadi apa-apa. Hmm..buntu. Ayah Hafiz yang tidur ditingkat atas pun turun untuk tolong tengokkan Khair. Dibacanya ayat-ayat suci Al-Quran ketelinga sambil-sambil juga menghulurkan biskut ikan yang Khair suka dengan harapan dia akan berhenti menangis. Manalah tahu dia lapar, nak cakap tak reti. Menangis je lah jawapannya.
Menjadi..taktik biskut ikan menjadi. Untuk sementara waktu Khair diamkan diri kemudian tertidur setelah biskut ikan digantikan dengan susu. Selang beberapa minit, kemudian dia akan kembali terjaga sambil menangis seperti sebelumnya. Adoyai..dugaan. Situasi berulang untuk beberapa kali. Sedar tak sedar sampaikan jam didinding menunjukkan jam 5 pagi. Hanya selepas waktu ini barulah Khair betul-betul terlena. Haishh..hampir 4 jam penangan Khair menangis. Pening lalat Hafiz dan wife dibuatnya.
Hingga ke saat ini, punca kenapa Khair berkelakuan sedemikian masih lagi menjadi tanda tanya. Cuma mengikut kata ibu Hafiz, mungkin disebabkan sekarang ni musim demam, Khair pun turut juga tak sedap badan. Entahlah..mungkin juga kot. Cuma kalau betul apa yang ibu Hafiz katakan pun, harap-harap Khair cepat-cepat sihat. Kalau tak nanti lama-lama mata Hafiz bertukar jadi mata panda. Kuang kuang kuang.
p/s: Baru tahu susah senang nak jaga anak seorang. Belum lagi berbelas-belas orang.
hoho..jangan hang jadi bapa panda sudah la..
bapa panda comey ape..haha
Ala.. kesiannya.. panas kot.. rimas.. tu yg dia nangis tuh.. sekarang iklim Malaysia mmg panas. kalau malam, rasa tak boleh tidur sebab panas. Macam saya, dah banyak hari juga tak boleh tidur malam. Kalau jam tak mencecah pukul 5pg, mmg tak boleh lelap. Jadi sementara tunggu rasa mengantuk, saya sempat cari bahan utk taip blog. Tapi walaupun dah banyak hari tidur lewat, tak der pula mata saya jadi mcm panda.. huhu~
uih..hari2 tidur pukul 5..kalau saya tu, otak dah pusing2 pegi kerja..haha.
mungkin mimpi ngeri tu… kekadang bergurau di siang hari terbawa-bawa waktu tidur… mak DT selalu marah kalau DT gurau dengan anak buah..
mungkin la..excited sangat bermain kot sampai terbawak dalam mimpi.
sakit peort kot.. mungkin masuk angin..tak selesa..
itu biasa tu..demam agaknya..tak selesa badannya..
sekarang musim panas tu yang macam2 ragam tu hehe
Fuh.. Berat jugak dugaan tu.. Mungkin tak selesa bdan la tu.
mungkin kerana Khair tak sedap badan, tu yang dia ‘meraung’ sepanjang malam.
Dugaan sebagai ibu bapa tu huhu…faktor cuaca memang tak menentu sekarang ni..budak imun masih lemah kena hati2 jugak kan…
yerp..dugaan..kena banyak bersabar..hehe
hoh. same ngan anak aku ritu. bak kate pakar kanak2 kampung jongkang aku hehe bdk2 kecik tgh demam kan lemah smgt. sng kene “kacau”. tgh mlm bute aku tros bwk kua dr umah n lari tido umah mertue aku. alhamdulillah lena smp pg! bile baby tido bc surah fatihah, ayatul kursi n 3 qul. selawat 3 kali. tiup dr kepala smp kaki. insyaallah.
anak aku bukan kena kacau kot..dah baca ayat qursi bagai selamba je nangis lagi..stress tak dapat jalan2 siang tu kot..haha
Jika anak rewel pasti ada sesuatu sebabnya yang menjadikan dia rewel dikarenakan belum bisa mengutarakan apa yang dia rasakan, memang kebanyakan anak rewel dikarenakan tidak enak badan,semoga cepat tumbuh besar khair!!
Dugaan seorang ibu bapa. Boleh dikatakan semua ibu bapa akan melalui keadaan tersebut. Mana-mana ibu bapa pun akan risau jika anaknya menangis tanpa henti. Apa-apa pun selamat berjuang.