in

Kini Semua Orang Boleh Tweet di Twitter Sehingga 280 Aksara


Selepas beberapa minggu pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap had yang dinaikkan daripada 140 aksara menjadi 280 aksara, semalam dengan rasminya pihak Twitter mengumumkan fungsi itu kini boleh diakses oleh semua pengguna melalui kemas kini yang baru dikeluarkan.

Twitter, yang sebelumnya telah mempertimbangkan peningkatan had aksara ini sejak sekurang-kurangnya tahun lepas, mula melakukan ujian pada bulan September yang lalu dimana beberapa pengguna terpilih telah diberi keutamaan dalam menggunakan fungsi ini.

Keputusan yang telah dibuat ini ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pengguna terutamanya pengguna lama, kerana bagi mereka ia akan menyebabkan paparan di Twitter akan menjadi lebih panjang untuk ditatal.

Namun, menerusi maklumbalas yang dijawab oleh pihak Twitter, mereka menyatakan bahawa pengguna yang memuat naik kicauan (tweet) dengan had aksara 280 adalah kerana ia adalah sesuatu yang baru dan kebanyakan daripada mereka sekadar ingin mencuba. Keadaan ini bersifat sementara sebelum ianya kembali kepada keadaan asal.

Difahamkan juga oleh pihak Twitter bahawa, penggunaan aksara yang lebih banyak membawa kepada “engagement” yang lebih tinggi. Ini kerana disamping membuatkan pengguna berasa lebih puas dalam menyampaikan sesuatu perkara dalam kicauan mereka, mereka juga berupaya untuk mencari kandungan yang lebih baik.

p.s: Dengan peningkatan had aksara sebanyak 280 ini, diharapkan dalam masa terdekat kita dapat melihat akan berkurangnya trend memuat naik thread yang semakin hari semakin berlambak-lambak.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Tq bampiz sharing..bagusla up ckit patah perkataan tu. Memudahkan perkongsian klu tak nak kena shortform..jenuh oooo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *