Akaun sosial media merupakan satu lagi capaian alternatif dalam mempromosikan sesebuah jenama secara percuma. Baru sahaja dibuka pada 7 Ogos 2017, Apple kini secara rasminya mempunyai akaun Instagram mereka yang tersendiri – @apple.
Telah memasuki hari kedua akaun rasmi ini dilancarkan, tidak mengejutkan apabila bilangan pengikut mereka telah melepasi angka 300ribu orang.
Dengan sedikit info yang dikongsikan di ruangan penerangan ringkas, Apple yang berkongsi gambar-gambar yang telah diambil menerusi iPhone, turut menggalakkan pengguna Instagram yang menggunakan iPhone untuk berkongsi hashtag #ShotOniPhone dalam setiap gambar yang dimuat naik.
Seterusnya, gambar-gambar yang menarik berkemungkinan besar akan terpilih untuk dikongsikan semula menerusi akaun rasmi ini.
https://www.instagram.com/p/BXfgJ9yDufX/?taken-by=apple
Peluang ini dilihat sebagai win-win situation bagi kedua-kedua pihak, Apple dan pengguna iPhone itu sendiri.
Disamping Apple dapat mengumpulkan sampel gambar terbaik daripada produk telefon pintar mereka secara mudah, pengguna iPhone yang berkongsikan gambar itu pula mendapat peluang secara percuma untuk mendedahkan kewujudan serta mempromosikan diri mereka didalam akaun yang mempunyai ramai pengikut.
Klik sini untuk ke pautan akaun rasmi Instagram Apple – @Apple