in

Khair Tanpa Gadget


Sebenarnya aku dah miscalculation sejak bila Khair dah tak layan handphone lagi. Rasa-rasanya dia dah lama tak pegang handphone sejak aku marah dia sekali hari tu lepas balik sekolah. Puncanya sebab dia tak melawan bila ada orang ambil barang hak milik masa kat kelas Kafa.

Actually barang tu tak ada lah penting mana pun, cuma Beyblade je. Tapi disebabkan Beyblade tu dibeli atas usaha dia kumpul sendiri duit semata-mata nak ada Beyblade yang power. Maka aku jadi naik angin bila barang yang ada sentimental value gitu dirembat orang begitu saja.

Serius weh.. jadi singa jap petang tu. Hampir-hampir aku tarik Khair keluar kereta. Hadoi.. Bila fikir balik macam over reacted pun ada. Terus beberapa ketika lepas tu, aku insaf. Malam sebelum tidur aku minta maaf balik dengan Khair. Hohoho.

Well.. itu kisah yang tak berapa nak lama la. Cuma nak dijadikan point untuk entri kali ni bilamana bermula saat aku marah tu juga, aku ada warning Khair bahawa dia tak dibenarkan lagi untuk bermain handphone.

Dalam hati.. kesian memang kesian. Nampak dia agak murung jugak bila dikenakan tindakan drastik macam tu. Apa yang relevan larangan tu dengan Beyblade kena curi pun aku tak tahu, tapi yang aku boleh katakan.. larangan tu keluar secara spontan dari mulut. Mungkin sebab dah lama perhati Khair agak lalai bila gadget kat tangan kot. So, benda dah pendam lama kan. Tunggu masa je. Hahaha.

Tapi.. segala yang terjadi ada hikmahnya

Disebabkan larangan tu.. Sehingga hari ni Khair dah mula dapat biasakan diri tanpa gadget nya tu. Hari demi hari, dia lebih banyak habiskan masa bermain dengan Haziq walaupun ada kalanya diorang gaduh-gaduh manja. Tapi tak lama lepas tu, main sama-sama balik. Hehehe.

Tak pun bila dia malas melayan Khair, dia banyak habiskan masa dengan komik. Ikut perangai aku gak ni. Kalau dulu bapaknya banyak kumpul komik Dragon Ball, Doraemon, Raja Rimba dll. Cuma Khair, dia minat kumpul komik Lawak Kampus. Mahal komik ni.. RM10. Mujur keluar sebulan sekali je. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Bila dah xde gadget, baru dorang hargai apa yang ada di sekeliling mereka. tapi tu lah, kdg2 bila kita sibuk dan x sempat hadap, bagi juga. tp tetap kena limit la. jangan la kejam sangat tayang depan mereka (kita guna), tapi bila dorang kita halang pula. Haha. kawal je la..

  2. Humaira akan cari henpon bila kat luar sebab dia tak boleh angkut set memasak dia hahhaha so bg gak la kalau tak kang haru biru gak dia dok suh beli set memasak atau car baru huhuuu…boleh bagi,kena kawal la,x bg langsung kang tak leh gak sbb kita guna,dia dok pandang huhuu

  3. harus ku ubah juga anak laki sorang ni..asyik gadget jer..nak tidur pun ngadap hp..sebab takut sorang-sorang kat bilik…bila suruh baca buku macam-macam alasan diberi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *