in

Khair Tak Cemburu, Tapi..


Orang datang tanya dia, nak ambil adik bawa balik boleh?

Spontan dia jawab.. “Tak boleh!”

Marah. Sayang sangat adik dia.

Bila daddy tanya sayang baby ke sayang daddy? Dia sanggup lagi jawab, sayang baby.

Di rumah, nampak dia boleh diharapkan dah. Walaupun tak reti lagi panaskan susu yang baru keluarkan dari dalam peti. Tapi bila suruh ambil tuala, pampers.. tak banyak songeh.

Kejap lagi nampak la kelibat dia bawa apa yang diminta.

Even adik baru nak start merengek, terus dia bingkas bangun cari ibu atau daddy.. nak bagitahu adik dia menangis. Hoho.

Khamis lepas, baby Haziq dimasukkan balik ke wad sebab kuning dia naik balik.

Abang Khair yang pergi hantar baby, bergenang air mata tak nak tinggal baby Haziq di hospital. Pujuk punya pujuk.. Cakap nak beli aiskrim, beli mainan.. baru dia okay.

Hmm.. tersenyum aku sendirian. Harap-harap sampai ke besar nanti dia akan sayang dan jaga adik dia dengan baik. Aminnn.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to sueizza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *