in

Khair, PS3 dan PS Move


Playstation 3 kat rumah aku tu antara barang yang ada sentimental value sebab dibeli untuk dijadikan barang hantaran oleh pengantin perempuan masa kahwin dulu. Bermaksud disini, kalau relate dengan usia perkahwinan.. sebenarnya dah 7 tahun PS3 tu hidup dengan aku.

Jikalau compare diri aku yang dulu dengan yang sekarang pulak, dulu aku ni seorang kaki game. Tapi jujurnya.. bila dah lepas je kahwin, hobi ke arah game tu dah makin berkurang hinggakan sampai ada satu masa aku peram je PS3 tu dalam kotak.

Jual? Hmm.. Tak mungkin. Sebab bila dah namanya ada sentimental value, mesti akan timbul perasaan untuk jaga benda tu sampai bila-bila kan.

Well..

Actually, terima kasih pada Khair jugak. Yang mana, selepas dia dah membesar ni jiwa gamers aku dah mula mekar balik.

Yela.. bilamana dia nak main game, dia ajak aku. Bila sampai part game susah nak lepas pun, dia cari aku. Bila menang, dia bersorak. Kalau kalah, aku kena marah. Hahaha.

Nak dijadikan cerita. Yang terbaru, mood dia tengah excited nak main game Just Dance. Semua ini gara-gara dia pernah main game Just Dance tu masa bercuti di DoubleTree by Hilton Melaka tempoh hari.

Akan tetapi..

Memandangkan game yang dia main kat sana tu sebenarnya menggunakan konsol Nintendo Switch, dan kalau aku nak beli baru harga konsol tu agak mahal. Maka, gantian alternatif kepada konsol tersebut.. yang mampu aku beri adalah tak lain tak bukan iaitu PS3 aku.

Cuma, apabila aku kata bermain dengan PS3.. maksudnya terpaksalah aku cari controller baru, yakni PS Move untuk membolehkan dia bermain game yang dimaksudkan.

Inilah dia PS Move. Aku beli daripada orang je. Dapat 2 controller. Jauh lebih murah banding nak beli satu-satu. Jimat. Hee

Sebenarnya, kalau bercakap tentang perbezaan controller Nintendo Switch dan PS Move.. tak ada beza mana pun. Controller masing-masing masih lagi menggunakan motion sensor.

Cuma controller PS Move lebih besar (saiz dia kecil sikit daripada botol air mineral kecil) berbanding controller Nintendo Switch (yang hanya sekadar sebesar coklat bar Kit Kat).

Dari segi functionality controller kepada game, lebih kurang yang mana aku tak nampak pun Khair mengalami kesukaran mengawal button-button yang ada (kadang-kadang aku impress gak dengan Khair ni, cepat betul dia tangkap bab-bab gadjet). Hohoho.

Well.. bila controller dah ada, game pun dah download. Aksi daripada Khair memang aku tak lupa untuk rakam lah kan.

Hari pertama, dia sanggup tunggu game selesai download sampai jam 12.00 tengah malam hanya untuk test main 1-2 kali.

Hari kedua pula.. dia main game Just Dance tu dari satu lagu ke satu lagu. Ibu yang cuba tumpang sekaki hanya dapat habiskan dua lagu sebelum duduk kepenatan. Tetapi Khair? Maintain sambung main game sampai panggil suruh masuk bilik untuk tidur malam pun tak mau. Last-last ugut, kalau taknak tutup game esok daddy jual balik. Bijak tak daddy? Hahaha.

p.s: Pernah diberi pinjam PS4 untuk cuba main game LEGO Star Wars: The Force Awakens. Lagi best dan grafik lagi cun. Tunggu ada modal lebih sikit, beli PS4 pulak.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *