Khair Fobia

Dah masuk bulan terakhir untuk habiskan tahun 2015.

Sepatutnya, masalah aku untuk cari tadika Khair dah selesai.

Tapi, realitinya.. tak selesai-selesai jugak.

Ingat lagi cerita pre-school Khair tempoh hari?

Ya.. Masa tu dia memang excited gila-gila nak pergi “school” bila tibanya hujung minggu.

Tapi.. berbeza dengan sekarang, dia dah semacam fobia. Tak berapa semangat dah nak pergi “school” macam awal-awal dulu..

Nak masuk dalam pre-school tu pun, nak kena berteman. Kalau tak teman, jawabnya menangis lah nak ikut balik.

Gambar hiasan - Khair belajar menulis dengan ibu
Gambar hiasan – Khair belajar menulis dengan ibu

Tak tahu kenapa. Bila ditanya, ada orang marah ke tak? Dia diam.. tak jawab.

Dan yang paling pelik, teacher ada bagitahu.. dia akan menangis secara tiba-tiba bila seorang diri dalam bilik permainan (ada satu bilik, teacher simpan mainan).

Aiyok.. masalah.. masalah..

Takkan dia boleh nampak hantu siang-siang hari kot.

Susah ni.. Kalau macam ni lah gayanya, payah nak tinggalkan dia kat “pre-school” kalau aku nak pergi kerja. Silap-silap, bila dah¬†sampai di pejabat, teacher call aku suruh ambil dia balik. Hmmm..

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply
    1. cuba try bawa jumpa doktor child psychiatrist..dorang boleh assess behaviour anak-anak, dan punca mengapa behaviour mereka macam tu..lepas tu mereka akan bagi treatment yg sepatutnya..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pantang Nampak Cermin

    Ubi Keledek Ungu