Khair Dengan Keputusan Peperiksaan PraSekolah-Nya

Puan isteri hantar gambar melalui WhatsApp. Ingatkan gambar baby Haziq, tetapi rupa-rupanya gambar result exam abang Khair.

Tak mengecewakan. Kesemua subjek dia dapat score dengan baik. Yang paling membanggakan, matematik dia dapat A.

Puan isteri bagitau, teacher ada kata dia suka matematik.

Well.. sama macam daddy dia juga. Matematik adalah subjek kegemaran.

Dan.. tak sangka juga, bahasa Arab dia boleh dapat A. Mudah menghafal agaknya. Sebab kat rumah dia tak sebut sangat perkataan-perkataan dalam bahasa Arab.

Yang selalu dia bercakap, dalam bahasa Inggeris. Walaupun grammar agak berterabut, quite good juga lah speaking dia. kalau ayat pelik-pelik tu rasa lucu pun ada. Hahaha.

Apa-apa pun, tak kisahlah apa resultnya sekarang. Jauh lagi perjalanan hidup dia. Ini baru permulaan. 😉

p.s: Bila anak bawa balik result macam ni, sedikit sebanyak timbul rasa bangga even though result yang ditunjukkan adalah sekadar result peperiksaan pra sekolah. Tersenyum daddy depan pc seorang diri. Hahaha

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *