Beza dah Khair dulu dengn yang sekarang. Kalau masa awal-awal dulu nak gunting rambut siap kena bodek belanja itu belanja ini, siap buat baju plastik untuk taknak dia rasa geli bila rambut-rambut melekat dibadan.
Kini, dengan rela hati dia ajak pergi kedai gunting rambut.
Sebabnya?
Joe’s Barbershop Bangi, kedai gunting rambut hipster.
Sejak kali pertama bawa dia gunting kat sini dulu, which is beberapa lama selepas diperkenalkan salon rambut oleh kakak aku.. hati dia dah agak terbuka nak gunting rambut.
Adeh.. menurut kehendak anak punya pasal kan. Elok lagi lah dia rela hati. Sebabnya, kalau dia taknak potong rambut.. sah-sah muka dia orang salah anggap macam gegirl. Hahaha
Well.. sedikit perkongsian untuk sesiapa nak pergi gunting rambut kat Joe’s Barbershop Bangi, kedainya berada di Seksyen 9, belakang Manjaku Bandar Baru Bangi.

Untuk pelanggan seperti Khair, hipster haircut dikenakan caj RM20. Tempat ada aircond, bersih, tukang guntingnya ada ramai. Dan yang paling berbaloi setakat ni, tukang gunting pandai melayan karenah Khair.
p.s: Kat sana nanti korang ada nampak notis “Great work ain’t cheap, Cheap work ain’t great“. So, kalau rasa puas hati, bagi je tip kat tukang gunting. Tak kisah banyak mana, seikhlas hati. Aku kalau diorang layan Khair elok-elok aku bagi RM5. Okay la tu kan.
wah, cantik sgt rambutnya tu 😉
hensem betul rambut khair tu. Teringin nak bawak anak ke sini..haha!