Khair Dan Majlis Konvokesyen Prasekolah 2017

Ahad lepas Khair hadir ke majlis konvokesyen tahunan prasekolah. Macam tahun-tahun sudah, akan ada performance dari anak-anak cilik ini untuk tontonan ibu bapa. Masa ini akan nampaklah bakat-bakat terpendam anak-anak yang kadang-kadang ibu bapa pun tak expect anak-anak diorang boleh buat.

Khair?

Tahun ni dia menari lagu Spanish. Tajuk lagu, unknown. Bila tanya kat rumah, dia cuma bagitahu lagu tu lagu “Spanish”. Daddy yang clueless, dah habis guna skill yang ada untuk cari lagu Spanish yang dimaksudkan kat Youtube, kot-kot lah boleh layan sama kan. Tapi, at last.. hampa. Tajuk lagu Spanish tersebut masih menjadi misteri bagi kami sekeluarga hingga sekarang. Hahaha.

Mengikut rentak nyanyian lagu Spanish tersebut di majlis konvokesyen, tarian dipertontonkan. Bergegar seluruh dewan dengan hilai tawa bilamana melihat anak-anak cilik ni menggoyangkan pinggul. Lucu, comel. Hahaha

Seriously.. Tak nampak langsung diorang malu-malu.

Pandai cikgu yang menyusun koreografi tarian tersebut. Anak-anak murid dapat ikut dengan baik tanpa sebarang silap. Tahniah for them.

Well.. berakhir nya majlis konvokesyen tahun ini bererti tahun depan umur Khair akan meningkat jadi 6 tahun. Pejam celik pejam celik.. kejap je dah besar kan.

Bila tengok balik video yang sempat dirakamkan, touching kejap. Rasa sebak dan terharu.

How lucky I am to watch him grow up in front my eyes. Thank you Allah. 🙂

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Memang best tengok persembahan budak2 besar ni..masa ni suruh diaorang buat apa pun diaorang buat..hahaha…

    Tapi naik sekolah rendah nanti semua tak nak..

    Cikgu sekolah sendiri bagitau..Jadi masa tadika ni la kita boleh tengok anak2 kita buat persembahan yang tak dijangka..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *