Bila Haziq Umur Setahun Masuk Panggung Wayang Layan Didi & Friends

Aku sangkakan dalam 15 minit pertama Haziq akan meragam, tapi end up.. dia sangat behave.

Sama juga dengan Khair. Eventhough ini adalah pertama kali diorang masuk panggung wayang, tapi nampak diorang sangat suka dan happy.

Mungkin juga cerita yang ditonton tu memainkan peranan penting. Konsert Hora Horey Didi & Friends kot, takkan nak expect ada scene terbang bergaduh kan.

Eh actually ada scene ganas.. Ultramon. Tapi ganas-ganas comel gitu. Hahaha.

Frankly speaking, kitorang sangat enjoy tengok movie ni. Walaupun pada mulanya sebelum jejak masuk panggung aku rasa macam “weh bosannya asyik dengar menyanyi“.. tapi ternyata, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Didi & Friends cukup menyeronokkan.

Fokus betul dia layan Didi. Tak bergerak. Hahaha

Budak-budak memang tak duduk dekat seat la kan. Ada yang bangun turun menari dekat depan seat paling depan. Pastu bila Didi tanya apa-apa soalan memang diorang respon.

Tak rasa macam dalam panggung, rasa macam dalam konsert kanak-kanak betul. Hahaha.

Memang totally worth it bawa anak-anak layan movie ni. Dan aku berharap ini bukan movie yang terakhir daripada pihak studio Digital Durian.

Buat tiap-tiap bulan pun tak apa kot. Salah satu cara untuk spend quality time with kids. Hee. 😉

Nota: Filem rating U anak bawah 3 tahun boleh masuk, tak kena beli tiket pun.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini