Kinetic sand, dah lama dah benda alah ni dijual di pasaran.
Seingat aku, masa awal-awal dulu harga bagi sekilogram boleh mencecah RM90+.
Masa tu nak beli, memang fikir 10-20 kali bila terkenangkan Khair yang masih tak berapa pandai nak main lagi ditambah pula dengan rasa macam membazir je beli awal-awal.
Semalam, balik kerja wife bagitahu dia ada beli kinetic sand ni dengan online seller. Harga dah jauh lebih murah. Dalam RM50 pun dah boleh dapat.
Tunjuk pada Khair.. apa lagi dia.
Ketar kepada nak suruh buka cepat-cepat. Hahaha.
Bagi aku, berbaloi lah beli kinetic sand ni. Disamping ia mendidik anak-anak untuk menggunakan kreativiti mereka dalam membina pelbagai jenis objek dan bentuk, ia juga boleh diguna pakai berkali-kali tanpa rosak.
p.s: Cuma part yang tak berapa best.. kena make sure kinetic sand ni tak berterabur di merata-rata tempat. Expecially atas karpet. Kalau tak susah nak kutip balik.
Kalau anak2 saya main permainan ni.. mahu habis berterabur satu rumah dibuatnya…
anak gua lom leh main.
kang dia makan semua pasir tu plak.
jenuh gua nanti.
untuk anak yang masih kecil, kena pantau sebab nanti dia makan pulak pasir tu 🙂
Murah la tu… kira berbaloi…
Oo bnde ni rupanya..
Rasa cam bapak bdk je main lebih2 nanti..haha
Assalamu’alaikum … bagus infonya, sangat bermanfaat sekali, barakallahu fiik 🙂