in

Berkhatan Guna Laser Bagus Ke?


Seminggu lebih dah berkhatan. Dah boleh berlari dah pun. Compare dengan hari pertama berkhatan, dia punya drama mengalahkan Haziq. Acah-acah sentuh sikit pun dah sakit. Lepas tu tak dapat nak beza sakit dengan ngilu. Hahaha.

Mujurlah waktu berkhatan tu buat sekali dengan sepupu rapat dia, maka hilang lah kejap kegedikkan manja dia tu. Dapat main game, makan bersuap, ada orang layan. Terus lupa yang rasa sakit tu.

Cuma cerita Khair berkhatan ni lain sikit la dengan cerita Haziq berkhatan masa umur 5 bulan. Kalau Haziq dulu berkhatan masa baby memang mudah sangat-sangat nak jaga. Bagi ubat paracetamol cecair tu (tahan sakit), tidur meniarap pakai pampers pun tak ada hal..

Cerita Khair pulak, sebelum berkhatan excited bukan main. Siap cakap tak sabar nak bersunat. Tapi bila dah masuk bilik doktor, lepas kena cucuk bius.. air mata mula mengalir. Hohoho

Sakit katanya, padahal dah bius mana nak rasa sakit pun. Pantang sentuh terus dia kata sakit, lepas tu tanya “Dah nak gunting ke?“.. berkali-kali. Doktor jawab, kita tak gunting pun.. punya la nak bagi nervous dia tu kurang.

Masa nak sunat, aku duduk sebelah.. angkat kain pelikat hadang mata dia daripada ternampak doktor tengah buat “kerja”. Sambil-sambil tu mata aku perhati jugak la doktor potong kulit “bebird” Khair guna laser.

Dalam hati aku.. “Oooo.. macam ni ke laser nya“. Ingatkan guna laser macam light saber macam dalam filem Star Wars, tapi rupanya nampak macam pakai dawai panas je. Bila dawai panas tu terkena kulit dia terbelah. Tak sure macam mekanisme yang betul benda ni berfungsi, tapi gitu lah lebih kurang bila nampak dengan mata sendiri.

By the way, berkhatan cara laser ni tak jauh beza sangat dengan cara tradisional dulu. Cuma perbezaan ketara masa doktor laser kulit bebird Khair, boleh kata tak ada langsung darah yang mengalir.

Jahit?

Tetap ada. Aku kira hari tu, ada 5 jahitan kesemuanya. Tapi.. berapa jahitan yang kena buat tu bergantung pada individu jugak. Sebab sepupu Khair yang masuk sebelum dia tu, kena 4 jahitan je.

Yeay.. dah jadi dewasa. Hahaha

Aku rasa Khair punya jahitan tu lebih maybe sebab kulit dia pun lebih kot. Entah lah.. tak kisah pun berapa jahitan, nanti pandai-pandai lah doktor tu bagi kemas.

Bila dah sunat.. dah keluar dari bilik doktor. Nanti akan dapat paracetamol cecair, farmasi bagitahu makan bila perlu (bila rasa sakit la maksudnya.. dah tak rasa sakit, tak payah makan). Dan aku difahamkan daripada abang ipar yang dah ada pengalaman khatankan anak sulung dia guna teknik laser ni jugak bahawa bebird yang dikhatankan guna teknik ni boleh kena air.

Maksudnya, dah settle sunat.. balik nanti Khair boleh mandi macam biasa (bebird boleh kena air) dan kalau ambil pakej berkhatan laser yang mahal sikit, farmasi siap bagi garam epsom untuk rendamkan bebird (bagi luka lagi cepat sembuh).

Haa.. first time tahu kan rendam bebird yang dah berkhatan kena rendam air garam?

Ya.. aku pun baru tahu. So lepas ni sila laserkan je bebird anak korang ye. Mudah. Hahaha.

By the way, bagi korang yang tanya klinik mana yang aku bawak Khair pergi berkhatan.. aku bawak pergi Klinik Megazahran Bangi, kat Seksyen 9. Kat sini kena call dulu untuk set appointment, tapi kalau walk in aku tak sure. Try la tanya dulu.

Ni bergambar lepas seminggu, dah boleh pakai seluar dah. Kadang-kadang je mengada kata sakit.. drama betul.

Nota: Kat sini aku ambik pakej yang RM249 je untuk Khair (dapat sijil dan ubat paracetamol). Optional dia bagi minyak kelapa dara untuk titis atas bebird.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Ni bukan garam biasa yg buat masak tu… Ni garam epsom… Cuba google bnyk kelebihan… Jgn try letak garam masak pulak ye kalau anak berkahtan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *