Khair Berjaya Masuk Sekolah Kluster Kecemerlangan


Sebelum tidur berdebar.. masa tidur pun tak berapa lena. Tengah tidur berapa kali terjaga sebab teringat benda ni.. keputusan masuk darjah 1 Khair. Actually, benda ni banyak kali dah berlegar-legar dalam kepala aku. Risau sama ada dia dapat ke tidak masuk ke sekolah kluster kecemerlangan yang kitorang mohon tu.

Yelah.. bila google, sekolah kluster ni macam dah ada standard yang tersendiri.
Penerangan ringkas, sekolah kluster kecemerlangan bermakna sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia dan dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.

Pendek kata.. sebagai bapak yang dah baca penerangan macam tu, dalam hati memang sedikit berharap supaya anaknya dapat masuk ke sekolah yang bagus-bagus. Nak hantar private school tak mampu. Hohoho.

Well.. sindrom mak bapak barang kali. Bagi orang lain mungkin tak rasa apa-apa. Tapi bagi aku bila anak dah terpilih macam ni rasa lega sangat. Doa termakbul. Alhamdulillah.

Yeay!! Dapat masuk.

Semoga first day sekolah nanti Khair dapat sesuaikan diri dengan suasana sekolah rendah cepat-cepat. Tak dapat bayang kalau dia buat perangai macam yang selalu viral dalam berita. Keh keh keh.



1 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini