in

Makan Sambil Menikmati Suasana Klasik Di Warong Nostalgia


Selalunya aku jarang-jarang tergerak hati untuk ke kedai-kedai makan atau restoran yang pengunjungnya tak ramai. Ini kerana bagi pendapat aku, tentu menu yang ditawarkan tidak menepati citarasa pengguna ataupun senang kata.. masak tak sedap.

Malam semalam, tidak seperti biasa.. rutin untuk mencari lokasi mengisi perut bermula agak lewat. Selalunya selepas pulang daripada bekerja, aku sekeluaga akan terus berhenti dimana-mana kedai yang kelihatan agak menarik.

Tetapi disebabkan semalam segala ceruk jalan agak sesak.. so, we went home to perform our solat Maghrib first. Lepas siap-siap semua baru keluar balik cari makan.
Tergerak hati untuk ke lot-lot kedai tidak jauh daripada kawasan perumahan aku, teringat aku akan satu restoran western yang agak tersorok daripada pemandangan.

Restoran yang dinamakan Warong Nostalgia ini, sudah beberapa kali aku perasan seperti ianya mempunyai sesuatu keunikan apabila mula beroperasi dulu.

Kunjungan ke restoran diteruskan apabila mencapai kata sepakat bersama isteri yang sedang sarat mengandung, dengan langkah yang agak tertanya-tanya sebenarnya apabila restoran ini kelihatan agak lengang tatkala kami sampai melangkah masuk.

Nostalgia yang menggamit kenangan lama

Bagaikan disedut ke dalam sebuah mesin masa, apabila langkah kami ke dalam kedai ini memberikan kami satu pemandangan yang cukup unik.

Oldskool!

Ibarat berada didalam sebuah kedai di zaman tok kaduk, kesemua peralatan dan perhiasan yang diperagakan disini adalah daripada koleksi-koleksi klasik dan tradisional.

Daripada sebuah basikal tua yang tersadai di tepi dinding..

Lampu-lampu antik bergantungan di siling..

Televisyen hitam putih yang kebanyakan orang sudah lama jadikannya sebagai akuarium..

Beberapa naskhah akhbar lama yang telah kekuningan..

Jam loceng buruk..

Dan yang paling menarik perhatian aku, sebuah mesin kira wang seperti sebuah mesin taip surat dan juga peti ais.

Wah.. sangat antik.
Satu perasaan menggamit kenangan lama bagaikan berada dizaman p.ramlee sambil didendangkan lagu-lagu rock klasik yang sudah pastinya menaikkan lagi mood zaman dulu kala.

Hidangan western moden di warong berwajah klasik

Disangkakan menu-menu yang ditawarkan disini juga adalah daripada menu-menu tradisional, rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.

Tertera di papan menu, hidangan-hidangan western ala-ala moden yang ditawarkan kepada pelanggan.

Jika dibandingkan harga yang tercatat di situ, harganya juga masih masuk akal. Kudos kepada pemilik restoran ini, kerana menampilkan suatu kelainan dalam mewujudkan satu restoran yang kelihatan klasik tapi moden “didalamnya”.

Makan malam kami diteruskan dengan dua menu utama, yang pertama adalah Nostal Lamb Chop, kedua adalah Grilled Lamb Fried Rice, manakala yang ketiga French Fries – Khair mintak.

First impression, presentation kepada kedua-dua menu ini tampak kemas dan menarik. Dari segi kebersihan, boleh dikatakan ia boleh dikategorikan sebagai bagus apabila melihat pinggan dan gelas yang digunakan adalah bersih daripada sebarang kekotoran.

Dari segi rasa pula?

Hmm..

Guess what?

..

..

Sedap woi. Frankly speaking, sos-sos black pepper dan juga brown sangat menepati citarasa kami bertiga. Even, the lamb.. well seasoned and tender. Setiap kali disuap ke mulut, terasa manis isi daging kambingnya itu.

Nampak tak.. Makan dah tak pandang kiri kanan. Hahaha

Manakala, nasi goreng yang disertakan bersama Grilled Lamb Fried Rice.. juga boleh dikatakan antara yang terbaik pernah kami rasa. Ianya tidak terlalu berminyak, tidak terlalu lembik serta cukup rasa masin manisnya.

Sangat memuaskan hati. Cuma masa yang diperlukan untuk menyiapkannya agak sedikit lambat (Tak jadi hal, as long as makanan yang dihidangkan itu sedap.. lambat sikit pun tak menjadi masalah).

So, overall experience kami menjamu selera disini.. pendek kata, kunjungan ini pastinya bukan yang pertama dan juga yang terakhir. Sekiranya kami sekeluarga ingin menikmati lagi juadah western yang dikelilingi dengan nostalgia-nostalgia klasik, Warong Nostalgia inilah yang akan menjadi pilihan kami.

Sedap dan berbaloi.. thumbs up!

Waktu beroperasi:
Isnin hingga Khamis: 12:30 pm – 11:00 pm
Jumaat hingga Ahad: 3:00 pm – 12:00 am

NOTA: WARONG NOSTALGIA SUDAH TIDAK BEROPERASI

p.s: Warong Nostalgia best untuk makan menu western. Warung Bunian pula best untuk makan menu kampung. Peh.. menjilat jari.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. perghh kruk kruk lak perut… hahaah western dngan gaya klasik nostalgia.. kalau smpai sana nti tolong banje lisa pleaseeeeeeeeeeeeee

  2. Suasana vintaj kampung ni nampak amat mempersonakan emosi. I akan pergi cuba suasana di sana mungkin bulan ni. Mesti menyeronokkan I ingat..

Leave a Reply to lisak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *