in ,

Kerjasama Strategik RMHC Malaysia Dan Kelab Lions Antarabangsa Untuk Kesedaran Kanser Kanak-Kanak

Rumah Ronald McDonald

Boleh tak korang bayangkan bilamana ada ahli keluarga yang sakit sebagai contohnya mengidap kanser, kewangan pulak tak berapa nak stabil.. tapi dalam masa yang sama terpaksa ulang-alik ke hospital untuk buat treatment, secara tak langsung juga korang kena struggle untuk cover kos makan, transport, dan bermacam-macam masalah lagi. Seriously ada masanya kita boleh jadi penat dan stress kan?

Well.. sejujurnya bila bercerita tentang perkara ni dan aku pula tahu bahawa dalam Malaysia ni sebenarnya ada dua biji rumah Rumah Ronald McDonald sebagai rumah pengantaraan iaitu, satu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) dan satu lagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan.. aku rasa semacam.. Wahhh! Bagus betul Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), yang merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia. Mereka berusaha untuk membantu meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital dengan menawarkan penginapan di rumah-rumah ini dengan bayaran RM5 sahaja!  Good job RMHC Malaysia! Thumbs up.

By the way walaupun kewujudan Rumah Ronald McDonald di Malaysia boleh dikatakan tak ramai lagi yang tahu, sebenarnya insiatif “rumah pengantaraan” ini telah lama diwujudkan. Lebih-lebih lagi untuk Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM, yang sebenarnya telah berusia lebih 20 tahun sejak ia dibuka pada tahun 1999, di mana ia juga merupakan yang pertama di rantau ASEAN.

Disebabkan usia rumah ini yang dah boleh dikatakan agak lama dan dengan kadar penggunaannya yang agak tinggi (keluarga pesakit yang keluar masuk silih berganti), maka demi meneruskan perkhidmatan yang terbaik buat keluarga-keluarga pesakit yang akan datang, rutin penyelenggaraan yang berterusan hendaklah dilakukan.

Melihat kepada peluang ini, Kelab Lions Antarabangsa merupakan antara badan NGO tempatan yang tertarik membuat sumbangan khidmat masyarakat melalui kerjasama strategik, yang mana satu perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani diantara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kelab Lions Antarabangsa baru-baru ini untuk mewujudkan satu inisiatif Kesedaran Kanser Kanak-kanak.

Menerusi kerjasama strategik ini, Kelab Lions Antarabangsa difahamkan telah menyumbang dana lebih RM150,000 bagi menaiktaraf Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM, dan diantara kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM sejak dua bulan lalu termasuklah membaiki bumbung dan longkang air hujan serta menambah baik kawasan aktiviti luar. Ini termasuklah memperindah landskap taman permainan kanak-kanak di sini, memperbaharui dan menambah jumlah alat permainannya.

Menariknya lagi kerjasama strategik ini akan berlangsung untuk tiga tahun seterusnya, dimana mulai tempoh kerja naik taraf dilakukan, Kelab Lions Antarabangsa akan terus memastikan taman permainan kanak-kanak di rumah ini dapat dikekalkan dengan baik. Justeru taman permainan kanak-kanak di rumah ini secara rasminya menjadi ‘taman angkat’ Kelab Lions International yang dikenali sebagai Lions Wonderland.

Untuk makluman, sebagai sebuah hospital pengajar yang mempunyai kepakaran perubatan pediatrik, HCTM-UKM menerima lebih 20,000 kes pediatrik setiap tahun (sama ada pesakit dalam atau pesakit luar). Bagi tahun 2019 sahaja, HCTM-UKM telah menerima lebih daripada 900 kes melibatkan kanak-kanak yang menghidap kanser dan sejak Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM ditubuhkan pada tahun 1999, ia telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 keluarga khususnya golongan berpendapatan rendah yang perlu menjalani rawatan berpanjangan untuk anak mereka.

Rumah Ronald McDonald

Nota: Rumah Ronald McDonald ketiga dijangka dibuka pertengahan tahun ini di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.

Latarbelakang Kelab Lions Antarabangsa

Kelab Lions Antarabangsa merupakan organisasi kelab perkhidmatan yang terbesar di dunia dengan lebih 1.4 juta keahlian, melibatkan 46,000 kelab di lebih 200 negara dan kawasan geografik di seluruh dunia. Dengan moto “We Serve”, Kelab Lions Antarabangsa telah menjalankan perkhidmatan global melibatkan lima bidang keperluan. Inisiatif global ini termasuklah Diabetes, Alam Sekitar, Kebuluran, Penglihatan dan Kanser Kanak-kanak yang dilihat amat signifikan kepada manusia, dan kami percaya kami perlu memainkan peranan kami dalam perkara ini.

Tahun ini, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308 B1 Malaysia telah memulakan projek daerah melibatkan Kanser Kanak-kanak. Kanser Kanak-kanak merupakan salah satu daripada inisiatif global mereka. Setiap tahun, lebih 300,000 kanak-kanak di diagnos dengan kanser di seluruh dunia. Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308 B1 Malaysia menyokong pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka dengan memenuhi keperluan mereka ketika menghadapi saat-saat sukar sama ada melibatkan sosial, ekonomi mahupun bebanan emosi. Untuk maklumat lanjut mengenai Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308 B1 Malaysia, sila layari www.lions308b1.org

Latarbelakang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 30 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 60,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM30 juta.

Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari www.rmhc-malaysia.my


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *