in ,

Kerja Dan Terus Bekerja


Seperti biasa apabila tibanya hari gaji masing-masing akan berpusu-pusu ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit membayar hutang-hutang yang perlu dibayar..PTPTN, loan kereta, bil api, bil air, bil Astro, bil telefon dan bermacam jenis bil lagi.

Hafiz juga tidak terkecuali. Setiap bulan apabila ditambah tolak semua komitmen yang ada, yang tinggal hanyalah satu per tiga daripada gaji untuk Hafiz terus kekal survive hingga ke bulan yang seterusnya.

Mujurlah ada isteri yang bekerja, dengan bantuan dia bolehlah backup mana-mana yang kurang.

Zaman sekarang Hafiz tidak nafikan seseorang yang bergaji sederhana bakal berdepan dengan masalah kewangan sekiranya berkahwin kelak, malah masalah itu akan kian meruncing apabila didalam satu keluarga itu hanya terdapat salah seorang sahaja yang bekerja.

masalah kewangan

Taraf hidup di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Cukai sana sini, malah untuk masuk kedalam tandas sekalipun bayaran 20sen akan dikenakan. Maka sama ada terpaksa ataupun rela, setiap orang perlu kuatkan semangat untuk terus berusaha mencari pandapatan sampingan supaya dapat memuaskan nafsu berbelanja yang kadang-kadang melebihi kemampuan.

Tetapi..dalam arus permodenan sekarang, pencarian pendapatan sampingan sudah tidak sesukar dahulu. Kemudahan banyak disediakan, hanya perlu pandai mencari peluang dan bijak membuat keputusan sama ada sanggup ataupun tidak untuk melakukan kerja yang ditawarkan. Sebagai contoh, salah satunya cara yang Hafiz praktikkan untuk mencari pendapatan sampingan adalah melalui pekerjaan online separuh masa. Pekerjaan ini yang memerlukan kita sebagai pekerja bekerja dari rumah hanya melalui penggunaan komputer ataupun laptop sahaja.

So far, Alhamdulillah. Ada hasilnya. Dan jika ditanya sama ada inikah kerja yang diidam-idamkan? Ya. Buat masa sekarang sudah semestinya. Disamping boleh melakukan kerja dari rumah secara santai, Hafiz juga dapat meluangkan masa dengan keluarga. Berbaloi-baloi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

38 Comments

Leave a Reply
  1. kerja hakiki perlu utk menampung kehidupan
    kerja parti time mungkin untuk support mana2 yg perlu tp bukan termasuk dlm bajet perbelanjaan. jika tak masalah nanti bila x da duit part time.. hehhe

  2. Mari kita giat bekerja terutama blogging nie tidak boleh dipandang remeh sebab bila tekun dan serius bisa jadi akan lebih besar penghasilannya bila dipandingkan dengan gaji pokok sebagai pegawai 🙂

  3. Kerja kuat, nanti dapat la hasilnya. Aku pun dah dapat keje yang aku suke. Walaupun penat, tetap jugak buat sebb dah minat.

  4. kena kerja kuat bro.. kalau tak, mana nak datangnya duit.. dengan blog ni pun dah susah cari makan dah..

  5. heheh ketaq lutut baca ni, jenuh jugak nak kahwin awal ni, dah la masih blajar nanti nak bagi bini makan apa kan hadoiii

  6. kerja separuh masa yang kita buat ni pun semakin diragut dengan tax dan undang2 yang dikuat kuasakan. tapi tidak mengapa, yang penting apa yang kita lakukan biar ikhlas..

  7. kerja yang susah tapi dapat duit banyak adalah merompak.. jom kita rompak.. heeeee.. yang penting cari kerja halal.. Allah akan gandakan pada hambaNya yang berkerja dengan ikhlas, jujur.

  8. Assalamualaikum hafiz. apa job online tu? teringin nak buat duit lebih. gaji skrg mana cukup, kalau ada anak nanti susah juga. selamat berpuasa hafiz dan keluarga 🙂

  9. Buat apa-apa kerja, baca Bismillah.

    InsyaAllah yakinlah bahawa Allah akan beri rezeki. 🙂

  10. Setuju sangat.sy seorang staff gomen.sy impikan kerjaya dr rumah supaya dpt bersama anak2 setiap masa.kerja dari rumah pon masyuuk.tambah le sikit2 dgn income pasif lain mmg dpt survive.rezeki kan sentiasa ada bg yg berusaha.

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *