in

Kereta Dah Habis Bayar? Jangan Lupa Batalkan Hak Milik


Ingatkan lepas dah buat loan payoff dan terima geran hari tu dah kira selesai semua yang berkaitan pasal kereta. Tapi rupa-rupanya ada lagi benda yang perlu diselesaikan. Hak milik.. haa, benda paling mustahak.

Lepas habis bayar dan dapat geran asal kereta tu, kereta bukan sepenuhnya milik kita lagi ye. Perlu buat pembatalan hak milik dulu.

Pembatalan hak milik tu macam mana?

Ni haa.. batalkan hak milik pemberi pinjaman atas kereta tu kepada kita. Dalam kes aku, batalkan hak milik Public Bank, jadi hak milik aku sepenuhnya.

Kalau sebelum ni nak batalkan hak milik macam ni kena ada release letter daripada pihak bank yang menyatakan kita dah tak ada apa-apa hutang dengan pihak bank. Tapi sekarang musim-musim PKP ni.. aku call bank, katanya dah tak perlu lagi dah. Semuanya online.

Disebabkan semuanya dah online, aku pergi ke JPJ tadi pun terus je diorang boleh semak melalui sistem. Sampai kat JPJ Bangi, aku jumpa pegawai JPJ yang jaga pintu tu.. bagitahu kata nak batalkan hak milik. Bagi dia geran, terus dia ambil dan bawak geran asal tu masuk ke dalam.

Lepas beberapa minit, dia keluar balik dengan geran tu yang dah ber-chop “Pembatalan Melalui Sistem”. Siap! Semudah gitu je weh. Ingatkan susah sangat. Benda senang tapi tak ramai yang tahu sebenarnya perkara ni dan tak mengejutkan ada yang biarkan je geran tu tak dibatalkan hak milik bertahun-tahun. Aku pun hanya tahu bila wife sendiri yang bagitahu pasal benda ni. Hohoho.

So ada apa-apa lagi tak aku kena buat lepas ni untuk urusan kereta vios aku ni? Tak ada dah.. cuma perlu simpan geran tu elok-elok untuk kegunaan dimasa akan datang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. betul kena buat , ramai tak tahu, kalau sambung byr pun tak elok… ni pun ramai buat, kalau jadi apa2 ..penama yang bertanggungan atas kesalahan dan milikan kereta tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *