Tamat sudah final Piala Malaysia 2012. Seperti yang Hafiz jangkakan, kemenangan berpihak kepada Kelantan. Keputusan akhir permainan adalah 3-2 dimana untuk 90 minit pertama kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Tempoh permainan dilanjutkan kepada masa tambahan dimana satu gol kemenangan disudahkan olah Indra Putra Mahyudin. Satu game yang cukup bertenaga ditunjukkan daripada kedua-dua pasukan. Jaringan untuk pasukan Kelantan adalah hasil sumbangan daripada Norshahrul Idlan Talaha (2 jaringan). Manakala jaringan untuk pasukan  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disumbangkan oleh Marlon Alex James dan Rezal Zamri Yahya.

Syabas dan tahniah pasukan Kelantan diatas kemenangan itu. Dapat lah satu lot tanah kosong setiap seorang.

p/s: Jarang tengok bola kecuali game yang best-best je baru tengok. Hehehe. Dkna Abza, gadis blogger Kelantan. Untung la. 😛

4 KOMEN

  1. dalam tengok ATM banyak mengasak , tapi benteng pertahanan kelantan dilihat gah dengan adanya Nwaneri ..
    Akhirnya , tewas juga kepada jaringan kemenangan IndraPutra

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini