Untung betul usahawan zaman sekarang ye, dimana-mana sekalipun mesti ditawarkan dengan sokongan daripada pihak luar untuk bantu mereka kembangkan perniagaan masing-masing. Betul tak?
Terbaru, dalam usaha memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan tempatan, startup serta PKS dalam mengembangkan rangkaian perniagaan didalam dan luar negara, sebuah program yang dinamakan BioUsahawan 2019 bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 15-16 March kelak.
Ia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp, yang mana program ini merangkumi serta memuatkan pelbagai perkara penting dalam menyediakan hala tuju perniagaan seseorang usahawan untuk berkembang lebih maju.
Melalui BioUsahawan 2019, usahawan bukan sahaja berpeluang untuk menghadiri sesi business matching, tetapi turut berpeluang untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu oleh selebriti, pakar industri dan tokoh masyarakat, serta mendengar perkongsian pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM dan sesi business pitching sekiranya bercadang untuk mencari suntikan modal untuk perniagaan.
Mungkin ada diantara korang yang tertanya-tanya, BioUsahawan 2019 ini hanya terbuka kepada siapa kan?
Secara khususnya, terdapat 3 segmen utama yang membolehkan para usahawan memilih untuk turut serta dalam program ini, iaitu:
- Bio-Based (Zon Oren), dimana ia dikhususkan untuk:
- Syarikat, produk dan perkhidmatan BioNexus Kesihatan dan penjagaan diriKosmetik
- Bioteknologi
- Produk dan perkhidmatan biodegradasi (biodegradable)
- Produk dan perkhidmatan kelestarian (sustainability)
- Agro-Based (Zon Hijau), dikhususkan untuk:
- Teknologi agro (agrotech)
- Hortikultur
- Akuakultur
- Pertanian dan penternakan Pertanian bandar (urban farming)
- Keselamatan dan teknologi makanan
- Entrepreneurship (Zon Kelabu), dikhususkan untuk:
- Halal industry
- Makanan dan minuman (agroculinary)
- Pembiayaan (bank dan institusi kewangan)
- Perdagangan (trading)
- Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM)
- Business pitching
Actually sebagai seorang usahawan, banyak manfaat yang korang akan terima sekiranya turut serta dalam ekspo ini. Selain dapat mengetengahkan produk sendiri, korang juga dapat meluaskan jenis/basis pelanggan (customer base), korang juga boleh mendapatkan petua dan nasihat daripada pakar-pakar industri. Malah yang paling menarik bagi aku, korang juga berpotensi untuk menjalinkan kerjasama (partnership) strategik untuk memperkasakan perniagaan/bidang keusahawanan.
Jadi bagi korang yang berminat untuk menyertai program BioUsahawan 2019 ini, maklumat lanjut mengenainya boleh didapati melalui capaian laman web www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/.
Ataupun sekiranya korang tidak ingin terlepas pengumuman-pengumuman penting, boleh juga ikuti mereka di laman-laman sosial mereka.
- Facebook – BioeconomyCorporation
- Twitter – BioeconomyCorp
- Instagram – Biousahawan
Untuk makluman sekiranya korang menyertai BioUsahawan 2019 ini sebagai pempamer dan menjawab soal selidik di Borang Survey untuk Pempamer – BioUsahawan 2019, korang berpeluang untuk menyertai peraduan yang dianjurkan dimana hadiah-hadiah menarik turut ditawarkan oleh pihak penaja:
Hadiah Utama – 1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++)
Hadiah Kedua – 1x Baucar Bufet Hi-Tea pada Hujung Minggu untuk 1 orang di Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett).
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih mudah dan cepat, korang boleh hubungi dua individu dibawah:
- Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
- Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384
Wahhh hadiah utama tu nampak menarik je. Baru tau ade zon zon tu. Slama ni ingat pukul rata je
Abam macam berminat je.
kena war-warkan dekat kawan2 nie
Bagusnya ada peluang macamni. Rugi kalau tak join
Bagus yer ada event macam ni. Rugi kalau tak join
Menarik ni
banyak betul platform untuk ketengahkan usahawan tempatan ya …
Memang untung betul usahawan sekarang ni.. Banyak sungguh platform2 untuk bantu mereka kembangkan perniagaan.
Untung kan usahawan sekrg.. Bagus sangat..