in ,

Kenapa Usahawan Perlu Pergi Ke Malaysia Halal Expo 2019 (Malaysia to Japan for 2020 Olympics)


Tak lama lagi Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2020. Sukan yang mengumpulkan lebih 200 buah negara bagi merentap kedudukan terbaik dalam pelbagai acara sukan. Sejajar dengan acara yang gilang-gemilang ini, aku pernah berkongsi pendapat akan bagaimanakah besarnya potensi untuk usahawan di Malaysia yang khususnya memfokuskan dalam menyediakan produk-produk Halal dapat mengembangkan perniagaan masing-masing melalui Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019).

Bertempat di MaGIC Cyberjaya baru-baru ini, satu majlis pra pelancaran telah diadakan bagi mengumumkan memorandum kerjasama (MoC) diantara kerajaan Malaysia dan Jepun telah ditandatangani bagi mencapai kata sepakat dalam usaha memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik kelak.

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan

Memorandum ini yang membawa kepada penganjuran Malaysia Halal Expo 2019 atau dalam bahasa melayunya ialah Ekspo Halal Malaysia 2019 yang akan diadakan pada 24 hingga 26 Januari ini bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Manakala tema yang diketengahkan adalah “Malaysia to Japan for 2020 Olympics” yang membawa maksud “Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020“.

Melalui penganjuran ekspo yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) ini, aku difahamkan Ekspo Halal Malaysia 2019 ini akan menyasarkan seramai 10,000 orang pengunjung dengan penglibatan sebanyak 320 buah booth pameran oleh usahawan-usahawan dalam 6 segmen yang berlainan iaitu; makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik.

Selain daripada pameran keusahawan ini yang bakal menarik minat pengunjung untuk melihat promosi-promosi serta perkhidmatan halal oleh usahawan yang export-ready, turut diadakan juga sesi perkongsian ilmu (knowledge sharing); iaitu 5 sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, 2 sesi singgah santai Selebriti (yang menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail) dan juga agensi-agensi yang terlibat seperti SME Bank Berhad, JAKIM, Matrade dan lain.

Serta majlis penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal dan juga business matching yang melibatkan antara usahawan dengan syarikat-syarikat daripada negara Jepun dengan anggaran potensi jualan sebanyak RM50juta.

Untuk makluman, ekspo MHE2019 ini akan mula dibuka kepada semua pada 24 hingga 26 Januari 2019 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Khamis hingga Sabtu).

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.halal-expo.my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

  2. jepun ni nampak macam lebih terbuka sikit bila bercakap tentang islam.
    yang kat korea hari tu, olimpik musim sejuk, mintak nak buat surau bergerak pun kemain lagi kena protes..siap buat petisyen dan jadi isu nasional.

Leave a Reply to Amir Mazlan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge