Sebab apa kali ni aku setuju sekolah buka?
- Personally bila dah temporary jadi remote IT tech yang mana kalau ada apa-apa problem bila anak nak attend online class, anak akan video call aku tengah kerja bagitahu kenapa itu tak boleh, ini tak boleh. Ini dah dapat kurangkan satu masalah aku. Hahaha
- Screen time anak-anak dapat dikurangkan. Korang sedia maklum kan PdPR ni memang 100% bergantung pada gadget/pc kan? Haa.. so sekarang aku nak tanya balik. Bukan ke sebelum Covid19 ni muncul ramai umat manusia yang beria-ria kata taknak expose anak-anak pada gadget/pc? Apa jadi sekarang? Sudah terbalik ka? No.. no.. bagi aku walaupun aku ni jenis bapa yang supportive terhadap pengenalan anak-anak pada teknologi.. had tu masih perlu ada. Anak-anak ni kecik lagi, mata diorang tu lama lagi nak pakai. In the long run, kalau mata dah lemah sebab asyik ngadap gadget/pc dan start kena pakai spek.. Weh, sumpah tak best doww. Aku sendiri dah 3 dekad pakai spek. Kalau tanya aku pakai spek ni bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan.. rimas. Dan lagi.. lagi tinggi power spek, lagi mahal lak tu. Grrrr..
- Gadget berlebihan? Bagi aku tak ada isu. Kid nowadays dah pandai nak optimize kan gadget/pc melebihi kita yang dewasa ni. Learning curve dia laju. Early exposure je diorang akan banyak Youtube. Tapi percaya la.. lepas few weeks/months, korang akan impressed macam mana diorang dapat tahu certain function dalam gadget/pc tu yang korang sendiri tak pernah tahu sebelum ni. Dan.. kalau diorang ada minat yang mendalam, silap-silap boleh jadi genius dalam IT. Dah banyak tengok kat luar sana, muda-muda lagi dah tau buat programming bagai. Kagum kejap bila baca.
- Risk Covid19.. menatang kecik ni dah memang sedia wujud dalam persekitaran tanpa kita disedari. Dah setahun lebih dah pun jadi ancaman. Ya.. awal-awal dulu memang ramai gila yang paranoid sebab takut bila infected akan jadi macam zombie. Berdarah hidung bagai. Tapi aku percaya.. sekarang ni walaupun kes banyak, benda ni manageable. Tak adanya bukak sekolah nanti diorang tak strict kan SOP.. SOP tu benda paling asas untuk kawal risk Covid19. So time ni la nak bagi kepercayaan pada anak-anak, tengok sama ada diorang boleh handle dan jaga diri mereka ke tidak. Lagipun, keputusan berbalik kepada kita juga sebagai parent. Kalau rasa terlalu high risk, tak payah hantar dulu la anak-anak ke sekolah. Lepas tu discuss dengan pihak sekolah, maybe anak yang tak hadir boleh attend secara virtual ke.. dalam kelas pacak satu webcam fokus pada cikgu tengah mengajar, anak-anak yang tak datang sekolah, akses je dari rumah.
- Perkembangan sosio-emosi anak-anak. Benda ni tak effect dalam tempoh masa yang singkat. Tapi ambik contoh mudah.. Kau sendiri mental bila kena kuarantin kat rumah, takkan ko nak double standard taknak bagi anak-anak lepas keluar? Kesian la wei anak-anak. Tak bagi contoh orang lain, tapi anak aku sendiri. Bila mana dia dapat tahu sekolah dibenar buka 8 March 2021, dia punya seronok bukan main. Yelah, dah lama rindu kawan kan.. Hee.
p.s: Tak backup gomen pun. Cuma personal opinion terhadap situasi sekarang. Gomen buat apa pun ada pro n cons. Tapi isu sekolah dibenarkan buka ni aku nampak lebih banyak dari sudut positif. Covid19.. pesan anak berjaga-jaga. Takkan nak expect sekolah tutup lagi setahun kot?
Yes, I do agree that online classes are not ideal for children’s learning at all.
saya setuju sangat-sangat sekolah buka. supaya anak-anak dapat belajar bersosial dengan kawan-kawan dan cikgu, dan dapat bergerak bebas, tak lah terkurung dalam rumah jer. Kesian kat anak-anak tak dapat keluar.
setuju sangat sekolah dibuka. pembelajaran online ni bg saya kurang berkesan. sy pun dh x larat nak jd cikgu ganti…tambah-tambah dah kena start hari2 masuk opis…
dari segi mengajar, aku setuju. mengajar kat kelas lebih efektif berbanding online terutamanya sekolah rendah. sekolah menengah, 50-50. ada yang leh survive online hanya dengan pdpr. Tapi half dari diorang still kena ada cikgu yang aktif mengajar.
dari segi pengawasan, memang fail. budak memang tak reti dok diam.
kompem berjalan dan kompem pegang kawan dia. renyah jaga diiorang.