Tipu la kalau ada orang kata mereka tak ingin sama sekali nak jejakkan kaki ke luar negara. Macam aku sendiri pun, dalam kepala dah ada beberapa negara yang menjadi pilihan dan salah satu daripadanya ialah Jepun.
Jepun kalau diikutkan, memang dah termasuk dalam wishlist travel aku dah cukup lama. Semenjak aku di bangku sekolah lagi aku sangat teringin untuk melihat pemandangan yang cantik dinegara matahari terbit ini, selain melihat sendiri budaya hormat-menghormati sesama orang lain yang cukup tinggi, pertuturan bahasanya yang lembut, dan tak kurang juga keinginan menyaksikan sendiri budaya kehidupan orang disana yang sering dipertontonkan dalam siri-siri anime (aku salah seorang peminat kartun anime).
Namun, tertulis didalam takdir hidup aku apabila rezeki aku untuk ke Jepun masih belum lagi kesampaian, yang mana hingga ke saat ini hanya cop-cop dari negara-negara timur tengah yang mendominasi muka-muka surat passport aku. Hohoho.
Persoalan mengenai kemudahan mencari makanan halal di Jepun
Tidak seperti di negara Timur Tengah yang lebih senang untuk mencari makanan halal di merata-rata tempat, seringkali juga aku terfikir sekiranya aku akan ke Jepun dalam masa yang terdekat, adakah mudah untuk aku mencari makanan halal di Jepun yang majoriti penduduknya diketahui bukan beragama Islam?
Wallahualam, setakat ini aku tak dapat memberi jawapan terperinci berdasarkan situasi sebenar, cuma apa yang aku ketahui berdasarkan pencarian info di beberapa portal online dan blog, dimaklumkan bahawa untuk mendapatkan produk-produk Halal di Jepun.. sebenarnya tidaklah begitu sukar. Ini kerana terdapat satu syarikat di Jepun yang sememangnya mengimport produk Halal dari Malaysia. Bagus!
Namun disebalik kemudahan tersebut, untuk mendapatkan produk-produk tersebut bukanlah semudah yang disangkakan.
Ini kerana apabila melibatkan bilangan pengimport yang terhad, pengedarnya juga boleh dikatakan terhad. Pengunjung yang ingin mendapatkan bekalan Halal tersebut terpaksa ke pusat membeli belah tersebut atau pasaraya yang berada di bawah rangkaiannya untuk mendapatkan bekalan Halal tersebut.
Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya timbul situasi dimana destinasi yang kita singgah di Jepun tidak mempunyai rangkaian pusat membeli belah yang dimaksudkan?
Well.. Sudah tentu hendak mencari restoran yang menyediakan makanan Halal pula menjadi lebih sukar kan. Lebih-lebih lagi walaupun dengan bantuan aplikasi telefon pintar, pemahaman orang Jepun mengenai Halal ini yang masih terhad. Mereka beranggapan sekiranya setiap makanan yang dihidangkan tidak mengandungi daging babi ataupun alkohol, maka makanan itu secara automatik adalah Halal atau juga Muslim Friendly. Hohoho naya kalau macam tu.
Lebih banyak produk-produk HALAL bakal menembusi pasaran Jepun tidak lama lagi
Menjelang tahun 2020, Jepun bakal menjadi perhatian seluruh dunia dengan penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dan sudah tentunya kerajaan Jepun sedang bersedia untuk menerima pelancong dari seluruh pelusuk dunia termasuklah pelancong yang beragama Islam.
Bagi mereka yang mempunyai mindset keusahawanan, peluang ini adalah satu peluang keemasan bagi memperkenalkan produk mereka ke seluruh dunia. Ibarat mempromosikan barang jualan disebuah pasaraya yang lebih ramai prospeknya, berbanding mempromosikan barang di kedai runcit. Sudah tentu, peratusan untuk produk kita dikenali ramai adalah lebih tinggi jika diletakkan di pasaraya tersebut, betul tak?
Maka disebabkan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama agensinya SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019, dimana ianya akan melibatkan pengusaha-pengusaha produk Halal tempatan bagi tujuan memasarkan serta memberi laluan mudah kepada produk-produk Halal tersebut ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 yang akan datang.
Produk-produk Halal yang dimaksudkan pula bukan sekadar produk makanan, malah turut juga melibatkan produk-produk Halal lain seperti produk-produk kosmetik dan kesihatan. Wah.. menarik kan. Tak dapat bayang kalau keseluruhan produk Halal di Malaysia Halal Expo 2019 ini dijual di Jepun kelak, pastinya nama Malaysia makin dikenali hanya kerana label Halal serta Made In Malaysia tercetak dibungkusan produk. Sekaligus juga menyelesaikan masalah kerumitan pelancong beragama Islam mendapatkan apa jua produk pilihan mereka tanpa rasa was-was.
Fakta: Tahukah korang bahawa Jepun merupakan negara bukan Islam yang paling disukai oleh pelancong muslim moden?
Untuk makluman, Malaysia Halal Expo 2019 ini akan berlangsung di KL Convention Centre pada 24- 26 Januari ini. Dan selain daripada usahawan, orang ramai turut dialukan untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan acara.
Mark your calendar guys. Kalau korang usahawan, mana tahu saat ini bakal menjadi titik permulaan korang untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Produk jenama sendiri di Jepun? Tu diaa.. sejuk perut mak mengandung kita 9 bulan 10 hari. Hehehe.