Sebut sahaja umrah, mesti terlintas difikiran tentang pilihan agensi-agensi umrah yang wujud dinegara kita bukan? Ya, didalam Malaysia saja terdapat puluhan agensi umrah yang berdaftar. Namun salah satu agensi umrah yang mendapat kepercayaan ramai untuk membantu memudahkan urusan-urusan umrah adalah Juara Travel.
Juara Travel atau nama penuh syarikatnya, Juara Travel & Tours Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat yang berstatus sendirian berhad yang beribu pejabat di Ampang, Selangor.
Mempunyai hampir 20 buah cawangan diseluruh negara, Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah satu syarikat di Malaysia yang memiliki lebih 10 tahun pengalaman dalam menguruskan perihal pengurusan jemaah haji dan umrah.
Juara Travel & Tours Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat berlesen dan berdaftar, mempunyai status Lesen Khas Umrah (LKU) Muassasah di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) sejak tahun 1994; rujuk senarai no.40 didalam laman web Kementerian Pelancongan Malaysia : www.motac.gov.my/semakan/umrah, dimana syarikat ini juga merupakan ahli didalam persatuan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.
Nota: Apakah itu Muassasah? Muassasah merupakan organisasi gabungan diantara mutawif (pembimbing tawaf) yang biasa disebut syekh dan munawir atau pembimbing ziarah. Antara tugas dan tanggungjawab organisasi ini adalah untuk menyediakan tempat penginapan, pengangkutan, bimbingan ibadah umrah/haji dan juga menjaga keperluan maslahat umum jemaah. Organisasi ini diwujudkan pada 3 Mei 1984 oleh pemerintah Arab Saudi dengan tujuan meningkatkan mutu layanan haji, baik di Mekah, Madinah, mahupun di Jeddah.
Seperti yang ramai sedia maklum, antara tugas agensi umrah ketika menguruskan jemaah umrah adalah dalam menyediakan khidmat pembimbing umrah untuk menyantuni jemaah-jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah.
Dan seperti yang kita sedia maklum juga, menunaikan umrah adalah salah satu ibadah yang sangat diingini oleh setiap umat Islam di serata dunia.
Namun, untuk menguruskan hal-hal berkenaan dengan ibadah umrah secara bersendirian (atau lebih dikenali sebagai umrah DIY), proses menguruskannya daripada mula hingga akhir bukanlah suatu perkara yang mudah. Malah, ada diantara jemaah umrah yang pernah mengikuti umrah beberapa kali pun masih ada yang terkial-kial hendak menguruskannya dengan betul dan sempurna.
Maka dek kerana wujudnya permasalahan sebegini, disinilah wujudnya fungsi agensi umrah. Yang mana melalui artikel ini, menjadi saranan kepada anda semua untuk menggunakan khidmat pakej umrah Juara Travel & Tours Sdn Bhd.
Kenapa Juara Travel?
Ini kerana melalui pengalaman luas daripada pihak Juara Travel serta tawaran-tawaran menarik didalam pakej yang ditawarkan oleh mereka, jemaah umrah bukan sahaja dapat menikmati kemudahan yang selesa, bahkan jemaah juga tidak perlu rasa ragu-ragu ketika ingin membuat tempahan meskipun bayaran itu dibuat secara online.
Ini kerana segala maklumat yang disampaikan adalah telus, dan proses pembayaran tempahan pakej-pakej umrah mereka juga mudah difahami, dimana untuk cara pembayaran tersebut ia terbahagi kepada 3 kali bayaran.
- Pertama, bayaran deposit sebanyak (RM500), sehari selepas mendaftar.
- Bayaran kedua (RM2000), iaitu pada 4 bulan sebelum tarikh berlepas.
- Dan bayaran ketiga iaitu bayaran terakhir pula (baki bayaran mengikut harga pakej), pada 2 bulan sebelum tarikh berlepas.
Maksudnya disini, mereka yang membuat tempahan tidak perlu risau untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam 1 kali pembayaran sekaligus meringankan beban.
Disamping itu kebanyakan pakej-pakej yang ditawarkan oleh Juara Travel juga termasuk:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi
- Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
- Bantuan permohonan visa umrah
- Penginapan
- Makan dan minum
- Perkhidmatan ziarah dan lawatan di Madinah dan Makkah
- Pengangkutan darat di tanah suci
- Umrah bersama mutawwif
- Beg pakaian besar (Kargo)
- Beg ‘hand luggage’
- Sling beg
- Beg telekung
- Telekung
- Ihram
- Buku panduan
- Air zam-zam sebanyak 5 liter
- Dan, insuran berkelompok
Pendek kata, hampir kesemua yang diperlukan telah disediakan. Namun, tidak dinafikan mungkin ada pakej-pakej umrah daripada pihak lain yang lebih murah disana. Cuma perlu diingatkan bahawa, pakej yang murah tidak semesti memberikan kepuasan dan kemudahan yang dibayangkan kepada jemaah umrah. Ini kerana sudah terdapat banyak kes penipuan yang berlaku akhir-akhir ini akibat kecuaian diri sendiri menyelidik latar belakang pengelola umrah tersebut.
Jangan kerana akibat terlalu sayangkan wang ringgit, kita akhirnya berputih mata. Dan yang pastinya perlu kita sematkan didalam hati, selain daripada tujuan kita melakukan ibadah umrah adalah untuk menjadi tetamu Allah, kita juga ingin memohon dihilangkan segala dosa dan kefakiran, dan dalam masa yang sama memohon diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Akhir kalam, bersempena dengan hari raya Aidilfitri tak lama lagi, pihak Juara Travel & Tours Sdn Bhd sedang menawarkan diskaun sebanyak RM100 kepada mereka yang membuat tempahan umrah sebelum 13hb Julai 2018.
Jadi, bagi anda yang berminat untuk menempah, boleh dapatkan pakej pilihan di laman web rasmi mereka di www.juaratravel.com.my, ataupun sekiranya anda ingin mendapat kemaskini promosi mereka dengan lebih pantas, boleh sahaja layari laman sosial Juara Travel di Facebook dan Instagram melalui pautan yang disediakan dibawah:
www.instagram.com/juarahq
www.facebook.com/juaratravelHQ
www.twitter.com/JUARAHQ
Bagus perkongsian ni, ada kawan dlm FB tanya juara travel ni okey ke tak…nanti nak kasi link hafiz ni kt dia. TQ
Silakan. Hehehe
ramai bg feedback bagus JT ni..
Juara Travel memang bagusn. Opis selalu ambik agen ni utk supply Tiket peserta luar.
Nak pergi rumah Allah ni kena pilih dengan agen yang betul, kalau tak merana duit melayang. Boleh rekemen Juara travel ni dekat sedara..
banyak baca review positif juara travel.. Bleh suggest kat family ni
salam..
tq share info..mmg teringin nak pergi umrah. InsyaAllah bila nk pergi nanti boleh la rujuk dgn juara travel ni..
(harap masa tu nanti ade la diskaun…hehe)
Bagusnya Juara Travel ni..
Memang terbaik Juara Travel ni…k.sal pilih Juara Travel masa mak gi umrah..condition tip top !!
teringin nak pergi. insyaallah one find day boleh cari juara travel
Bagus travel agensi ni. Perkhdimatan yg dtawarkan pun menarik. Yang penting sbb travel agensi yg sah..
Next time pg travel nak guna juara travel la. Tgk harga berpatutan
Terbaik , tq atas perkongsian
Kalaulah dpt pergi lagi umrah.. mmg noleh usha pake diaorg ni
Wahhh siap boleh bayar secara ansuran, menarik!
Urusan umrah ni nampak jer simple, x kena caranya blh jd complicated