Kenapa Perlu Ada FiT

Okay, dalam entri yang lepas aku dah terangkan secara ringkas mengenai SEDA dan apa itu mekanisma FiT.

Maka dalam entri kali ini pula aku akan cuba menerangkan mengapa perlunya mekanisme FiT ini dalam kehidupan seharian dan apakah kebaikan yang diperoleh hasil daripada pelaksanaannya.

Sejak tahun 2011, Malaysia telah berusaha ke arah pembangunan TBB (Tenaga Boleh Baharu) di mana ia merupakan prinsip menggunakan kuasa pasaran untuk penjanaan tenaga elektrik. Hasil daripada 10 tahun lalu telah memberikan pengajaran berharga untuk mengenal pasti isu-isu yang timbul dan maka dengan itulah wujudnya SEDA sebagai sebuah agensi yang melaksanakan mekanisme FiT dan pembangunan sektor TBB.

Pelaksanaan mekanisme FiT ini secara tidak langsung telah membantu dari aspek ekonomi, dimana seperti yang kita maklum akan terdapatnya banyak peluang pekerjaan dan peningkatan terhadap Pendapatan Negara Kasar melalui pertumbuhan industri TBB.

Buktinya dapat dilihat melalui permohonan yang diterima oleh pihak SEDA dan ianya menunjukkan bahawa masyarakat sedar akan kelebihan dan pendapatan yang boleh dijana melalui mekanisme ini. Pelabur juga tidak perlu bimbang akan pulangan kerana terdapatnya akta yang diwujudkan iaitu Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.

Mekanisme FiT ini juga berjaya menangani masalah jaminan tenaga di masa hadapan dan mengurangkan perubahan iklim di malaysia dan dunia secara amnya.

Terdapat satu soalan yang sering diutarakan, adakah mekanisme ini cuma digunakan di Malaysia?

Solar PV - FiT
Solar PV di luar negara

Oh tidak, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menggunakan mekanisme FiT. Terdapat sebilangan besar negara lain yang juga turut memilih untuk mengamalkannua. Dalam aspek memulihara alam sekitar, ianya dapat dilihat secara positif apabila teknologi karbon digantikan dengan teknologi hijau. Pelepasan karbon dioksida, kesan rumah hijau dan pemanasan global dapat diatasi secara berperingkat jika mekanisme FiT digunakan secara meluas diseluruh dunia.

Jerman sedia bangunkan sektor tenaga bio di Malaysia
Sumber: SMECorp.gov.my

Beberapa peserta dan peneraju industri kami mahu datang ke Malaysia dan meneroka peluang ini kerana kami memiliki kepakaran yang menyeluruh dalam sektor tenaga berasaskan bio tetapi tidak memiliki kelebihan biojisim yang banyak seperti Malaysia – Presiden dewan perdagangan dan Industri Malaysia – Jerman ( MGCC ), Jens Reisch

*Biojisim – merupakan salah sumber tenaga boleh baharu.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa negara lain begitu berminat untuk menjayakan mekanisme ini dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya turut menyokong usaha murni yang cuba dilakukan oleh agensi berkaitan dalam usaha menjayakan teknologi yang mampan. Dan diharapkan juga dengan penjelasan dan maklumat yang telah aku berikan ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kita dalam memberi kesedaran berkenaan dengan isu ini.

Nota: Untuk entri akan datang aku akan cuba terangkan pula proses permohonan bagi yang berminat menggunakan TBB ini. Stay tuned.

Maklumat lanjut mengenai SEDA dan FiT, boleh didapati dilaman web SEDA.gov.my.

p/s: Kalau nak taip semua sekali dalam 1 entri, rasanya boleh muntah korang baca.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Kos pemasangan Solar PV ni mmg mahal , tapi depends juga pada pemilihan kepada Service provider yg korang nk hire . Kadang2 yg buat mahal adalah kerana kualiti product dan service yg dikenakan oleh Service provider . Tetapi if ada yg interested nk pasang , ada 2 bank yg join program SEDA ni iaitu Alliance Bank & Bank Mumalat . Bolehlah korang buat loan utk join prgroam pemasangan solar pv ni .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada Apa Dengan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Jobdirumah turun harga

Berita Baik Dari Jobdirumah