in ,

Kenapa Pentingnya Penyelenggaraan Kereta?


It happens all the time bila mana ada sesetengah driver yang langsung tak pedulikan tentang maintenance kereta mereka. Apa yang mereka tahu, pandu selagi boleh sehinggalah wujudnya masalah, baru mereka nak take action.

Masa tu, bila dah timbul masalah, panik baru mereka akan menggelabah tanya orang sini sana (tak keterlaluan jika gunakan ayat yang lebih ekstrim iaitu menyusahkan orang lain), sedangkan masalah yang wujud itu sebenarnya boleh dielakkan sekiranya maintenance dilakukan mengikut schedule yang telah ditetapkan.

Alasan cliche.. “Tak sempat servis”.

Well, satu perkara penting yang perlu kita titik-beratkan adalah.. malang tidak berbau. Kalau benda nak jadi, sekelip mata akan terus terjadi. Sekecil-kecil perkara servis kereta ini, boleh menjadi punca kepada sesuatu masalah yang lebih besar. So, please consider to put it as the must-do things in your life. Bak kata peribahasa barat, prevention is better than cure.

Well, sebenarnya apa yang aku nak tekan disini.. maintenance kereta itu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Mengikut Data Am Kemalangan Jalan Raya di Malaysia (1997 – 2016) yang diambil daripada MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), peratus kemalangan masih tinggi setiap tahun.

Ambil contoh mengenai kemalangan yang berkait dengan sikap sambil lewa pemilik menjaga kereta dengan baik; brake failure. Tahu tak kalau brake fail korang boleh terjunam dalam gaung?

Well, katakanlah brake kereta diselenggara dengan baik, maka peratusan untuk kita elakkan kejadian sebegini adalah lebih tinggi.

Hmm..

Maintenance, not everything is expensive. Kalau ikutkan, ada je parts yang boleh kita servis secara DIY, tak kurang juga penyelenggaraan boleh dibuat dikedai dengan kos yang minimal jika kita tahu serba sedikit mengenainya.

Dibawah aku kongsikan tips-tips wajib penyelenggaraan kereta yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam memastikan condition kereta korang dalam keadaan yang baik:

1. Periksa minyak enjin

Kalau kereta baru.. senang. Pergi service centre mereka akan tolong advise bagi setiap berapa KM kena buat replacement. Tapi as far as I know, best practise untuk buat penukaran minyak hitam adalah setiap 7-8,000 KM bagi kereta yang menggunakan minyak enjin semi-synthetic, manakala 15,000 KM bagi kereta yang menggunakan full-synthetic.

For info, selain berbeza jenama.. minyak enjin terbahagi kepada beberapa jenis kelikatan. Contoh – 10W40:

  • 10 yang membawa maksud kelikatan minyak semasa sejuk. Semakin rendah kelikatan apabila sejuk, semakin cair minyak berada pada suhu rendah dan lebih mudah ia dipam.
  • Konsonan ‘W’ ditengah-tengah yang bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.
  • Manakala 40 bermaksud kelikatan minyak semasa panas. Semakin tinggi kelikatan apabila panas, semakin likat minyak.

So, bergantung kepada jenis kereta yang digunakan, sila rujuk manual yang telah disediakan oleh pihak pengeluar kereta untuk mengetahui jenis minyak hitam mana yang bersesuaian dengan enjin kereta korang.

Nota: Tersalah pilih jenis minyak hitam akan menyebabkan enjin lebih mudah untuk rosak.

2. Periksa tekanan angin tayar

Rajinkan diri untuk periksa tekanan angin tayar setiap 3-4 minggu. Lebih kerap lebih bagus. Ini kerana tekanan angin yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pemanduan dan life span tayar sesebuah kereta.

For info, tayar yang tidak mempunyai tekanan angin yang mencukupi akan menyebabkan kereta menjadi lebih berat, seterusnya memaksa penggunaan minyak yang berlebihan. *Minyak sekarang mahal oo.

Disamping itu, tayar yang kurang angin akan menyebabkan permukaan luar tayar haus. Tak dilupakan juga sekiranya terlebih isi angin pula akan menyebabkan tayar lebih cepat haus dibahagian tengah.

Nota: Amalkan tyre rotation setiap 6 bulan untuk membolehkan penggunaan tayar yang lebih lama. For info, tayar yang haus akan kurang daya cengkaman diatas jalan sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

3. Pemeriksaan brake pad

Okay, brake pad yang haus tidak mampu memberhentikan kereta dengan cekap. Lebih teruk sekiranya terus digunakan, ia akan mencalarkan permukaan piring brake yang memakan kos hingga ratusan ringgit sekeping sekiranya ingin diperbaiki atau ditukar.

Tips mudah penjagaan brake pad, adalah dengan memeriksa ketebalannya setiap 6 bulan. Atau jika korang kerap travel jauh ataupun selalu naik turun Genting Highland, periksa brake pad dengan lebih kerap.

Nota: Nak periksa brake pad haus ke tidak, boleh suluh dengan lampu melalui celah-celah rim. Ataupun kalau korang rajin, cabut je dulu rim. Tapi kalau tak berapa reti, suruh kedai check je la.

4. Bateri kereta

Ini bukan faktor yang melibatkan kemalangan. Tapi merupakan salah satu punca utama kereta tak dapat dihidupkan. Selalunya kalau nampak ada gadis-gadis yang berdiri tepi kereta sambil buat muka serabut macam ada masalah, cuba tanya dia.. “Kereta tak boleh start ke kak?” Hehehe.

By the way, puncanya adalah bateri kereta yang lemah. Untuk menghidupkan kereta yang lemah baterinya, kita boleh je gunakan cara jump start, iaitu menggunakan kabel penyambungan dari bateri kereta orang lain kepada bateri kereta kita.

Cuma, satu nasihat selepas kereta dah boleh dihidupkan, recommended untuk tukar bateri cepat-cepat ya supaya masalah kereta tidak dapat dihidupkan tak berulang.

Nota: Life span sebuah bateri kereta adalah dalam lingkungan setahun. Jika usianya mencapai setahun, sila rajin-rajinkan diri untuk periksa bateri kereta korang di kedai berdekatan.

Okay, rasanya itu je tips utama penyelenggaraan kereta yang boleh dikongsikan. Antara penyelenggaraan lain yang juga perlu dititik-beratkan adalah penjagaan timing belt, transmission fluid dan spark plug. Namun, untuk parts ini ia memerlukan peralatan khas. Jadi, sekiranya korang tak ada tools yang diperlukan, dinasihatkan untuk membawa kereta korang ke bengkel yang bertauliah untuk diperiksa.

By the way, bercakap mengenai penyelenggaraan kereta, tahu tak korang bahawa bermula Julai 2017, Bank Negara telah melaksanakan liberalisasi tarif insurans / takaful motor? Dimana faktor yang diambil kira dalam pengiraan kadar premium insurans atau sumbangan takaful sesebuah kereta adalah pengurusan risiko.

Pengurusan risiko ini yang mengambil kira tahap keselamatan sesebuah kereta yang dipandu, melibatkan penyelengaraan kereta dengan betul. Jadi, sekiranya korang risau korang akan dikenakan kadar premium yang tinggi bila tiba masanya untuk renew roadtax, apa kata mulai sekarang korang servis kereta korang elok-elok ya.

Nota: Untuk maklumat lanjut tentang liberalisasi insurans kenderaan bermotor, korang boleh layari laman web piam.org.my atau www.malaysiantakaful.com.my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. alamak, nanti nak renew roadtax dorang check ke? tak faham sikit bab ni.

    hari tu brek mengejut, nasib baik brake pad berfungsi elok, kalau tak, memang selamat dah kereta depan kena langgar.

    tq untuk info, experience bateri habis pun dah rasa dekat bazar ramadhan. hehe

  2. Memang sangat penting penyelenggaraan kenderaan dilaksanakan mengikut jadual. Selain dapat menjaga jangka hayat kenderaan, keselamatan pengguna kenderaan juga dapat ditingkatkan. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat ini

  3. Yesss, masa ai belajar automotif dulu… Praktikal kat perodua, ramai pemandu bersikap endah tak endah nak check tayar, break pad. 2 tu paling banyak problem, bila dah teruk, dah makan tayar, brake disc dah rosak, baru nak datang servis…

  4. Penyelenggaraan kereta memang sangat penting.. Batul kata hafiz tak semuanya mahal.. Cuma perlukan sedikit effort untuk belajar dan ambil tahu..

  5. Kak Nina selalu hantar kete service memang ikut date / km yang depa tulis for next appointment. Tak nak ada masalah kemudian hari. Risau oooo…. Kalau masa tu sengsorang pastu ngan baby jer. Huhuuu

  6. setuju sangat dengan yang bampih ulaskan dalam entri ini . alhamdulillah takat ni tak pernah lagi dan minta dijauhkan dari kereta rosak dlm perjalanan. biasanya kami akan check dlu semua sebelum bertolak … semoga perkara ini tak diambil mudah oleh pengguna kereta yang lain

  7. Tau bawak kereta je. Nak pam tayar pun tak reti..huhu…kena ambik tau banyak juga pasal kereta ni. Kalau jadi apa2 masa drive sorg diri dah tau sikit2 nak buat apa..

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *