Pokemon GO dah mula ditawarkan kepada pengguna telefon pintar di Malaysia. Ramai yang berpusu-pusu untuk memuat turun applikasi game ini supaya tidak ketinggalan dalam trend terkini.
Status-status Facebook rakan-rakan juga mula dipenuhi dengan gambar-gambar raksasa Pokemon.
Ada yang mengkritik keras permainan ini, tak kurang juga ada diantara kenalan-kenalan sosial media yang seronok bermain tanpa mengendahkan pesanan Mufti Wilayah Persekutuan untuk tidak terjerumus dalam kancah permainan yang dikatakan boleh melalaikan.
Antara fatwa-fatwa yang dikeluarkan berkenaan dengan permainan Pokemon Go ini termasuklah:
- Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.
- Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.
- Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
- Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
- Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
- Mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan
- Membawa kepada ketagihan
- Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis
Mengikuti arus perkembangan semasa, aku akui diri sendiri juga tertarik untuk mencuba bermain permainan ini.
Dan hasil dari pemerhatian selama beberapa hari aku bersetuju dengan segelintir pendapat bahawa permainan online Pokemon Go ini mempunyai keburukan dan kebaikan yang tersendiri. Antaranya ialah:
Keburukan Pokemon Go
- Mempercepatkan lagi proses kehausan bateri telefon pintar yang disebabkan oleh location/GPS yang sentiasa di-ON-kan.
- Fokus seseorang akan mula tertumpu kepada permainan online ini sahaja.
- Mata akan lebih tertumpu pada telefon sewaktu berjalan ke lokasi Pokemon berada yang mana meninggikan risiko pemain sekiranya terdapat ancaman bahaya dari hadapan (kemungkinan menjadi mangsa peragut akan meningkat berkali ganda).
- Duit belanja bakal dihabiskan dalam masa lebih singkat dek kerana proses membeli Pokeball ataupun Pokecoins bagi menangkap koleksi-koleksi Pokemon yang lain.
- Penggunaan data telco yang berterusan menyebabkan quota internet setiap bulan semakin cepat habis.
Manakala dari segi kebaikan pula:
Kebaikan bermain Pokemon Go
- Permainan ini dilihat dapat menjana sumber kewangan sampingan sekiranya dimainkan/diuruskan dengan cara yang bijak, iaitu:
- Menaikkan level profile kepada tahap tertinggi kemudian akaun itu dijual kepada orang yang berminat untuk membelinya.
- Pemain juga boleh menawarkan servis pemandu Pokemon Go untuk aktiviti egg hatching dimana ramai pemain sedia maklum bahawa untuk menetaskan sebiji telur memerlukan pemain untuk berjalan sejauh 5 hingga 10km. Sanggup korang berjalan sejauh itu?
- Tawaran upah jalan kaki untuk menangkap pelbagai jenis Pokemon. Servis ini boleh ditetapkan harga bergantung kepada kesukaran menangkap sesuatu jenis Pokemon itu. Lebih rare, lebih mahal. Setuju?
- Ia juga membantu pemain untuk lebih kerap bersenam dengan menggalakkan pemain untuk berjalan kaki terutamanya ketika dalam aktiviti mengeramkan telur-telur pokemon.
Untuk makluman, point-point yang dicatatkan diatas hanyalah sebahagian sahaja faedah/kemudaratan bermain permainan online ini.
Jika difikirkan dengan lebih mendalam, sebenarnya masih banyak lagi kesan-kesan positif dan negatif yang boleh wujud akibat permainan ini.
Maka, terpulanglah kepada diri sendiri untuk menilainya sama ada ia bagus atau tidak. Sekiranya korang memilih untuk terus bermain, cumanya nasihat kepada korang.. janganlah terlalu taksub akan bermain dengannya sehingga membawa kemudaratan kepada diri sendiri ya.
p.s: Off kan je AR mode. Takde lah nampak desperate sangat dan ganggu ruang peribadi orang lain semata-mata untuk tangkap pokemon. 😉
nasihat last sekali tu setuju. jgn sampai taksub. 🙂
henpon aku kena byr klu nk install game ni…aku main masak² je lah…insyaAllah x memudaratkan :p
Okay la tu.. Kang ujang marah ko main benda alah ni. Hahaha
Alhamdulillah… Setakat ni tak berminat nak main Pokemon Go!.. Maklumlah dah tua… hehehe
Saya tak penah pun terlintas untuk bermain permainan ini. Tapi dalam office saya, ada sorang staff dah ketagih main permianan ini. Bagaimanapun saya dah bag warning, main time kat rumah je. Dalam waktu kerja, jangan sesekali keluar dari premis semata-mata nak tangkap menatang ‘pokemon’ tu.
Dah cuba main pokemon.. mmg ada pros and cons. Diri sendiri kena bijak menilai.
nak dapat epik dengan myth..memang gila sikit la jawabnya.
haha
Pakai bot weh.. kejap je level ko naik.. spesis rare senang je dapat. haha
aduh saya tidak biasa pakai bahasa malysia
Salam kenal saja 🙂
Calon Hafiz yah ? .. Amin 🙂
Tak pernah main, kalau terjebak nanti susah nak berhenti 🙂
Pokemon banyak meracuni banyak orang.
Bila tengok cara main dia yang sangat berbeza dengan versi-versi pokemon sebelum ni, terus rasa tak minat 😀
Bagus jangan start main, nanti lupa segalanya
Saya tak pernah install ni aplikasi ke smartphone saya …..nanti jadi susah kalau ssh ketagihan…