Kenapa Kita Perlu Cium Dan Gosok Anak-Anak?

Dah memang jadi habit aku, tiap-tiap hari cium pipi anak-anak sebanyak mungkin. Tak kurang juga, kalau bangun dari tidur, gosok-gosok belakang mereka bagi mereka tenang. Kalau kena kat Haziq pula, ada extra. Gomol banyak-banyak sampai dia menjerit. Hahaha

Actually baru aku tahu, ciuman dan sentuhan ibu bapa pada anak-anak ada kesannya yang tersendiri. Terbaca status FB yang telah dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif, membuatkan aku tertarik untuk turut berkongsikan ilmu ini kepada rakan-rakan yang membaca blog.

Mak ayah wajib tahu kat mana nak cium dan gosok anak-anak

Sebenarnya, kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia.

Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan kurang rasa sakitnya. Perasan tak?

Itulah keajaiban sentuhan dan ciuman.

Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru ianya makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.

Ciuman di kepala

Adalah ciuman KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

Ciuman di dahi

Adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

Ciuman di pipi

Adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.

Ciuman di tangan

Adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau dengan pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya tu tanda sembah, bukan tanda hormat.

Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.

Gosok di belakang leher

Ye, untuk tenangkan anak-anak kalau nampak risau atau tak tenteram.

Gosok di dada

Sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok-gosok dada anak, dinasihatkan untuk mak ayah cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

Pantang larang!

Jangan sesekali cium anak di bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal saja. Kawasan bibir adalah kawasan yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.

Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun. Kalau dah terlanjur mengamalkan cium mulut nak buat macam mana? Hentikan sekarang!

p/s : Tolong ajar pasangan kita ilmu ni ye. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni disebar luaskan.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *