in ,

Kenapa Kena Guna Plash Foaming Handwash Dan Kerap Cuci Tangan?


Musim-musim Covid-19 ni, salah satu cara untuk elakkan terkena jangkitan virus durjana ini adalah dengan kerap mencuci tangan dengan sabun. Ya, mudah kan. Selain daripada memakai mask, cuci tangan adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan kerana ia tak melibatkan gerak-geri ataupun aktiviti yang kompleks. Cuma perlu letak sabun di tangan, hulur ke paip air.. kemudian gosok je tangan tu hingga bersih.

Malah kalau kita perhati dalam kehidupan seharian pun, cuci tangan ini sememangnya perkara wajib yang kita lakukan setiap hari. Cumanya apabila dah tersebar virus Covid-19 ini di seluruh pelusuk dunia, maka pakar-pakar kesihatan menasihatkan kita supaya menggandakan lagi kekerapan mencuci tangan menggunakan sabun agar kita dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan virus ini sekaligus dalam masa yang sama membantu satu sama lain dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19.

Okay bila bercakap bab cuci tangan menggunakan sabun ni, sudah tentunya ada sesetengah orang bersikap particular terhadap jenis-jenis sabun yang digunakan.
Tak dinafikan ada yang suka guna sabun jenis ketul, sabun jenis cecair dan tak kurang juga ada yang suka menggunakan sabun jenis buih (foaming handwash). Betul tak?

Ya.. korang juga sama seperti aku.

Walaupun secara umumnya ketika masa nak cuci tangan tu kita tak disediakan jenis-jenis sabun yang kita nak, tapi personally bagi aku tetap akan gunakan juga apa jua jenis sabun yang ada didepan mata demi untuk menjaga kebersihan.

Tapi.. sekiranya ada pilihan pula, of course aku lebih suka menggunakan sabun jenis foaming handwash.

Ahaa.. Kenapa aku suka sabun jenis foaming handwash?

Satu-satu sebabnya kerana sabun jenis foaming handwash ni lebih lembut di tangan. Picit dari botol, keluar sejemput ngam-ngam je atas tapak tangan. Lepas tu bila cuci tangan, tak perlu nak guna air yang berlebihan. Pendek kata, air yang sikit pun dah mencukupi untuk menghilangkan buih-buih di tangan. Mudah cuci dan pantas.

Haa.. dan disini juga secara tak langsung membuatkan foaming handwash bukan saja membantu membersihkan tangan, malah turut memberi penjimatan dari segi penjimatan menggunakan sabun supaya tak terlebih guna, dan penjimatan air daripada dibazirkan begitu saja.

Okay.. aku dah cakap kenapa aku suka foaming handwash kan? Sekarang aku bagitahu pula foaming handwash apa yang aku suka guna sekarang.

Tadaa.. Ini dia.

Ada 2 jenis wangian – Sweet Sakura dan Fresh Aloe

Plash Foaming Handwash namanya. Satu jenama baru yang berada di pasaran. Baunya sangat wangi (ada bau Sweet Sakura dan Fresh Aloe) dan apa yang aku berkenan untuk guna produk ini apabila ia didatangkan dengan dua jenis pembotolan. Satu jenis botol berisipadu 400ml dan satu jenis botol lagi, kecil comel berisipadu 200ml.

Yang botol bersaiz besar tu dah tentu aku letak kat rumah, manakala untuk botol kecil lebih sesuai dan mudah untuk aku bawak ke mana-mana sahaja. Well.. Kes Covid-19 banyak kan, selain hand sanitizer.. standby sabun dalam kereta juga amatlah disarankan sebagai langkah berjaga-jaga.

Okay selain packaging botol yang menarik tu, ada lagi kelebihan lain yang membuatkan aku jatuh hati dengan Plash ni.

Iaitu selain daripada ia mempunyai bahan antibakteria yang selamat pada kulit dan mampu membunuh 99.99% kuman pada tangan, Plash juga mengandungi agen pembuihan yang bertindak menanggalkan kotoran dan minyak serta mengandungi ekstrak lidah buaya (aloe vera) sebagai pelembap tangan – Serius weh.. pengalaman aku dah guna Plash ni untuk beberapa ketika, selain bau parfum wanginya yang kuat dan tahan lama (kalau setakat nak hilangkan bau sambal ayam penyet tu selamba je sekali cuci dah hilang) kemudian bila dah lepas cuci, tangan akan terasa lembut je.

Tak tahu la apa bahan rahsia apa yang digunakan oleh pengeluar mereka iaitu AFY Haniff ni untuk menjadikan Plash Foaming Handwash ni best sampai tahap macam tu, tapi melalui apa yang aku tahu.. difahamkan bahawa produk Plash ini adalah pencuci tangan yang bebas daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan. Dan dalam masa yang sama juga ia mempunyai pengiktirafan GMP, HACCP dan ISO serta menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia.

By the way untuk makluman korang, selain Plash ini produk-produk seperti Serai wangi penghalau serangga secara semulajadi (SWIPEL), Sabun pencuci pinggan (40days), dan penyegar udara dan fabrik (D’menC) juga adalah produk keluaran AFY Haniff dimana ia merupakan produk 100% keluaran Bumiputera.

Produk-produk ini kini dijual secara meluas di pelbagai pasaraya utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Selain dipasaraya-pasaraya tersebut, sekiranya korang ingin membuat pembelian secara online juga boleh, dimana rangkaian platform jualan online juga ditawarkan melalui Lazada, Shopee dan Yezza.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian online ataupun produk-produk yang lain, korang boleh lah layari pautan-pautan dibawah ya.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *