Okay, korang ingat lagi tak tentang artikel EZ Qurban? Ala.. artikel mengenai Qurban dan Aqiqah secara online yang aku publish tempoh hari?
Kalau ingat, bagus. Tapi kalau tak ingat, tak mengapa. Korang boleh baca artikel tersebut melalui link yang aku kongsikan diatas.
Seperti yang kita telah sedia maklum, hari raya Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi. Maka sehubungan dengan itu, secara dukacitanya ingin aku ingatkan kepada korang semua bahawa, tarikh tutup pendaftaran qurban juga semakin hampir.
Ya.. tarikh tutup semakin hampir. Hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk korang berdaftar?
Kalau belum, cepat-cepatlah bertindak ye. Buat apa yang perlu. Takutlah nanti penuh pula kan. Rugi pahala.
Tapi, sebenarnya.. kalau pendaftaran ditempat lain penuh pun bukan masalah besar, sebabnya.. EZ Qurban kan ada.
Seperti yang telah aku terangkan dalam artikel terdahulu, qurban bersama EZ Qurban adalah semudah 1,2,3. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan mendaftar secara online dilaman web mereka, www.ezqurban.org, kemudian semuanya akan diuruskan.
Daripada proses mengambil tempahan sehinggalah proses pengagihan daging kepada fakir miskin.
Dan untuk makluman, perlaksanaan qurban oleh EZ Qurban akan dilakukan di 6 buah negara, iaitu Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina. Dimana dalam 6 buah negara tersebut, golongan fakir miskin yang akan menerima daging qurban ini adalah umat Islam yang berada didalam keadaan yang sangat memerlukan.
Well.. melalui pemerhatian aku dari tahun ke tahun, di negara kita ini pun bila tibanya hari raya Aidiladha, kadang-kadang daging qurban sampai terlebih-lebih. Maka, apalah salahnya jika sekali-sekala kita bantu saudara-saudara seagama dengan kita dinegara-negara lain pula. Betul tak?
Harga murah!
Disamping memudahkan urusan (terutamanya bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang ketat), syarikat EZ Qurban juga menawarkan pakej harga yang murah.
Seekor kambing berharga RM580, dan untuk seekor lembu pula berharga RM2100. Manakala bagi sebahagian lembu cuma berharga RM300 (*harga termasuk 6% GST). Murah tak?
Haa.. Jadi, bagi sesiapa yang berniat nak lakukan ibadah qurban, bolehlah buat tempahan masing-masing ye. Detail ada kat bawah.
- WhatsApp – 013-318 6984
- Emel – ezqurban.adm@gmail.com
- Facebook – EZ Qurban Sdn Bhd
- No. 126-1A, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Bukan haiwan sembelihan atau darah yang tumpah itu sampai kepada Allah, akan tetapi tanda ketaqwaan kita kepada-Nya lah yang dilihat. – Faizal Eshak, www.ezqurban.org
Nota: EZ Qurban, aku sangat syorkan khidmat EZ mereka. Berbaloi-baloi. 🙂
Saya udh baca nih artikel , mantap banget insyaallah tahun depan saya Qurban
terima kasih info bro 🙂
Harga kambing qurban dan sapi pasti semakin melambung tinggi saat mendekati Idul Adha