Kali terakhir aku tukar wallet adalah ketika mana aku baru lepas kahwin. Wallet tersebut adalah hadiah hantaran daripada isteri kepada aku, yakni 6 tahun lepas punya cerita.
Tahun ni, wallet tu dah agak uzur. Ada bahagian dalaman yang terkoyak, benang terbetas, namun dari pandangan luaran.. wallet ni nampak masih utuh sebab dia fully leather.
Satu perkara yang aku gemar tentang wallet leather ini sebab ketahanan ia yang berpanjangan. Walaupun kalau nak beli harganya agak sedikit mahal, tapi orang kata.. kalah membeli menang memakai.
Balik kerja semalam wife buat suprise, dihulurkan satu kotak yang tertulis Fossil. Actually tak adalah suprise sangat, sebab memang dah dapat agak sebab dia ada kata nak beli kan yang baru. Katanya untuk gantikan wallet lama. Hehehe.
Fully leather juga, cuma jenis leather nya agak berlainan. Warna coklat cerah, kulitnya juga sedikit lembut berbanding kulit wallet aku yang lama.
Well.. bila orang dah bagi. Kita terima aje. Thank you darling. XOXO
Nota: Dia beli online melalui IG shop. Harga, boleh tahan murah.
Fossil salah satu jenama yg sgt digemari…buatan kulit dia setanding dengan jenama lain…cantik!
favourite brand IQ juga!
Beli mana tu.? Harga ?
Beli online IG bro.
suka barang fossil , jam dia pun lawa tapi harga pun lawa ahaks ..
hensem wallet johny deepp ni -_-
aku pun pakai walet fossil…tahan lama jugakkkk
aku tak pernah beli wallet sendiri.
kalau dulu, mak atau adik kakak aku yang rajin belikan.
la ni, bini belikan.
nak tunggu aku beli sendiri, memang tak la.
Brandnya mantap, tampilannya pun elegan sekali cocok banget lah buat kaum pria. Ah jadi pengen beli, dimana itu beli nya? hehehe 🙂