Kedai ni dari luar tak nampak meriah mana pun. Sebab lokasinya agak tersorok. Tapi setiap kali pergi site, memang sini lah port aku makan tengahari.
Sebabnya?
Murah. Parking pun mudah.
Tengok ni.. nasi membukit. Ayam aku ambil dua ketul. Tambah lagi dengan daging goreng, sayur taugeh sikit dan dua gelas air. Air sirap dan air kosong. Harga RM6.
Well, aku respect kat Mak Aji ni bilamana ada sesetengah kedai mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan, lebih-lebih lagi semasa ekonomi tengah meleset ni. Harga makanan dia maintain.
Dan yang paling best, korang ambil lauk banyak macam mana pun.. average harga yang diberikan adalah RM6-7. Hinggakan pernah sekali aku tanya kawan-kawan sekerja aku, mak aji ni main hentam letak harga je ke. Aku letak sikit punya banyak lauk, dia caj RM6. Hohoho.
Apa-apa pun, aku dapat rasakan keikhlasan mak aji ni berniaga. Dari percakapan dia, boleh tahu dia ni orang Kelantan. Lauk sedap, harga murah.. memang buat amal jariah betul mak aji.
Mak Aji beramal sambil berniaga.. Tak ramai yang buat begitu..
Pernah singgah restoran mak aji ni
Memang murah
Dan ramai orang datang sebab nak jimat agaknya
ingatkan bila nak bayar, bayar je berapa yang rasa mampu..restoran jenis gini yang aku tak jumpa lagi
Kalau ada restoran gini, sila roger gua gak bro. hahaha
Seksyen berapa restoran ni?