Kenapa Aku Suka Buat Online Reservation

Nak elak beratur panjang, antara sebab utama aku suka beli tiket wayang secara online. Baik pembelian melalui laman web ataupun mobile apps, dua-dua aku gunakannya untuk memudahkan proses membuat tempahan.

Nak beratur panjang, minta maaf lah.. bukan style aku. Jarang sangat aku sanggup beratur melainkan queue yang ada tu pendek setakat 2-3 orang. Kalau dah nak kena beratur berpuluh-puluh orang, siap kena zig zag lagi.. bazir masa, bazir tenaga.

GSC Fast & Furious 7

Pembelian online lebih mudah kerana pembayaran boleh dilakukan melalui online banking ataupun kredit kad. Part yang paling best, bila dah buat reservation online. Orang tengah beratur panjang pun kita dengan selamba je boleh terus “potong Q” untuk collect tiket. Special treatment, hassle free babeh. Hehehe.

By the way, semalam aku dah pergi tengok filem Fast & Furious 7. Layan seorang diri je dekat IOI City Mall. Curi masa sikit sementara wife busy kat rumah, minta pengecualian. Hahaha.

Jalan cerita FF7 memang sempoi, banyak babak-babak aksi menarik dan mendebarkan especially semasa geng-geng Dom lompat keluar daripada kapal terbang dengan kereta masing-masing semata-mata ingin menyelamatkan Ramsey (hacker yang develop program God’s Eye), then diorang pergi curi flash drive dari seorang Putera Jordan (masa ini dapat tengok Dom dan Brian rosakkan sebuah kereta Lykan Hypersport yang berharga USD3.4 juta, lompat dari 3 buah menara di Abu Dhabi), dan juga Dom face to face berlawan dengan Deckard Shaw (iaitu abang kepada Owen Shaw yang dah lumpuh, kira revenge la ni).

Overall, rate yang aku boleh bagi, 9 out of 10. Wajib tengok! Kurang 1 point sebab jalan cerita dekat-dekat ending ada scene Brian (Paul Walker) di CGI kan. Feel lari sikit kat sini.

p/s: Agak spoil bila ada orang kat sebelah yang tak pandai jaga kebersihan mulut. Bau yang tak menyenangkan memang mengganggu keselesaan bernafas. Rasa nak je bagi duit kat dia suruh pergi beli Clorets.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 13 Comments

    Leave a Reply
    1. Lagi satu… kalau citer filem box office cenggini memang kena beli online in advance…. tapi kalau macam TGV boleh dapat flat rate rm10 kalau guna debit card maybank kat kaunter

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Borong Hijab Di Roadshow Hijabey 2015

    Coke Dalam Botol