in

Kenapa Aku Pakai Penapis Udara Coway?


Logik kebanyakan orang diluar sana, udara ni benda percuma yang Allah kurniakan. Jadi buat apa susah-susah nak pakai penapis udara bagai. Udara sama je kot, kat Malaysia ada oksigen.. kat China pun ada oksigen.. malahan, dekat kutub utara pun kalau bernafas ada oksigen jugak. Lain lah kalau bernafas dekat bulan, kat sana oksigen zero. Betul tak?

Ya.. betul la tu. Udara ni percuma. Bernafas kat mana-mana pun sama je. Even dalam bilik air tengah hisap rokok pun boleh sedut oksigen secara percuma yang Allah bagi.

Tapi perasan tak korang sebenarnya, udara tu memang sama.. yang berbezanya adalah kualiti udara tersebut. Tak susah pun nak bezakan kualiti udara ni, paling senang korang pergi duduk tepi pantai.. lepas tu korang duduk dekat terminal bas. Yang mana agaknya udara yang lagi selesa korang bernafas?

Dah tentulah udara kat pantai kan?

Yesza. Itulah perbezaan kualiti udara. Udara yang tercemar dan tak tercemar. Contoh yang aku bagi ni hanyalah asas. Belum cerita lagi kualiti udara dalam rumah yang korang rasakan ia bersih, tapi sebenarnya tak bersih mana pun.

Yelah.. rumah tertutup. Penuh dengan barang-barang, ada bela kucing, masak kat dapur pulak tak ada hood dapur yang boleh sedut keluar wap dan asap memasak sehinggakan bila tiba masa isteri memasak je, berjerebu dalam rumah. Itu belum campur lagi dengan pakai-pakaian yang dah dipakai terkumpul dan lagi teruk karpet rumah dah bertahun-tahun tak cuci atau vakuum.

Agaknya macam mana kualiti udara dalam rumah yang kita sedut setiap hari untuk bernafas?

Teruk kan? Boleh kata ngeri jugak kalau difikirkan. Sebabnya memang ada jugak kes-kes alergik yang terjadi disebabkan faktor-faktor diatas.

Aku tak cakap orang lain.. anak aku sendiri, Haziq. Dia ni jenis sensitif. Kalau dulu, bila dah start bersin sekali dua je dah boleh trigger selsema. Bila dah selsema.. hmm kemungkinan Bronchitis dia nak serang balik memang tinggi. Beberapa tahun kebelakang, sampai aku dan wife sendiri trauma. Dengar dia bersin atau batuk je, terus risau takut melarat dan kena warded.

Mujurlah ada satu hari tu bila ada seorang officemate aku ni dia offer untuk cuba pakai penapis udara Coway dia kat rumah aku. Agaknya dia bosan kot asyik dengar aku meluah pasal anak aku kena Bronchitis je. Hahaha. Maka aku pun tanpa teragak-agak.. setuju je untuk pinjam dulu penapis udara Coway dia.

Dia hantar datang rumah, aku pasang.. dan Alhamdulillah, lepas 2 minggu gitu.. boleh la nampak perbezaannya. Anak aku tak ada lah kerap sangat bersin-bersin.

Dan kini, selepas dah hampir 9 bulan menggunakan penapis udara Coway (Of course la aku dah beli satu untuk diri sendiri , takkan 9 bulan nak pinjam orang punya.. Hahaha), baru aku berani untuk bagi testimoni. Testimoni aku.. dengan penggunaan penapis udara yang sentiasa dipasang di ruang tamu (tempat Haziq banyak habis kan masa), sekarang dia dah kurang alami masalah-masalah sensitif udara ni. Bersin-bersin, tak lagi berlarutan sampai selsema batuk dan kena warded.

Tidur tengah malam sekalipun kalau aku bukak aircond.. dia dah boleh sesuaikan diri. Lena je dia tidur sekarang. Sampaikan lena tu hingga dah beberapa kali terkencing atas katil pun tapi dengan selambanya dia sambung tidur lagi. Hahaha.

Disebabkan efektifnya penapis udara Coway ni dalam rumah, aku tak off langsung pun penapis udara Coway ni. On 24/7. Tak kira lah aku ada kat rumah atau keluar ke mana-mana, aku sentiasa akan pastikan penapis udara Coway ni on untuk memastikan ia membersihkan udara dalam rumah aku.

Nota: By the way, disebabkan aku dah puas hati dengan penapis udara Coway ni.. aku rekemen lah korang beli jugak letak kat rumah. Nak beli atau sewa, klik je terus link ni.. apa-apa soalan boleh ditanya dan inshaAllah segala urusan akan diselesaikan dengan secepat mungkin – b.my/coway


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *