Seriously, sebelum ini aku memang tak pernah tahu bahawa cara kita menyimpan dan menutup bungkusan roti boleh dikaitkan dengan personaliti diri yang sebenar, sehinggalah I saw one of tweet famous di laman mikro Twitter baru-baru ini yang dikongsikan oleh saudara, EmanHalia.
Melalui angka retweet yang hampir kepada 8,000 ketika artikel ini diterbitkan, dilihat makin ramai menyukai fakta ini.
Untuk mengetahui korang termasuk dalam kategori yang mana, jom kita lihat tweet tersebut satu per satu.
Mari kenali personaliti anda melalui bagaimana anda tutup plastik roti. pic.twitter.com/T451YBhoD6
— Herman (@EmanHalia) September 27, 2017
1. Ikat. Seorang yang biasa-biasa. Sederhana dalam melakukan sesuatu. Tidak lebih dan tidak kurang. Just nice perangai dia.
2. Lipatan duduk antara dua sujud. Seorang yang tak berapa nak kisah dengan hal sekeliling. Pentingkan diri sendiri.
3. Bungkus dalam plastik. Jenis tak percayakan orang. Jenis perlukan double confirmation setiap benda. Berhati-hati. Individu sebegini jenis family planning.
4. Pakai bread tie. Someone yang membosankan. Tak adventure. Tak pernah ponteng perhimpunan sekolah. Pendek kata skema.
5. Ikat guna getah. Seorang yang bebal. Takda kerja cari kerja. Benda mudah disusahkan. Jenis suka menyusahkan office-mate.
6. Dibiarkan terbuka/terdedah. Jenis terburu-buru. Cuai dan pemalas. Kalau draft email, jenis lupa tekan send email. Juga pentingkan diri sendiri.
7. Pakai pengepit 3rd party. Seorang yg mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan satu-satu hal. Unik dan extra. Selalu makan roti (sebab beli benda ni)
Yang no.1-6 tu memang selalu buat juga
Ah ada ada aja ni, tapi beberapa poin saya setuju, kalau yang di rangkap plastiknya, pasti dia sangat berhati hati:)
4. Pakai bread tie. Someone yang membosankan. Tak adventure. Tak pernah ponteng perhimpunan sekolah. Pendek kata skema.
hmm skemakah aku hahaha
Hai cik skema hahaha
hahaha…ade gak eh…tergamam bila baca entri ni…
Okay baru tahu kawan serumah pemalas gila ..
Slalu buat no 1 & 4, so tak lah skema sgt kan hehe. Pakai breadtie tu sbb takut lupa expiry date ja sebenaqnya
Selalu ikat untuk pastikan tidak masuk oleh serangga. 🙂
Saya biasa ikat, dan kadang2 akan guna balik bread tie tu. Kadang2 lagi ikat dulu, pastu guna bread tie tu pulak. Sebab takut hilang bread tie tu nanti lupa bila expired date roti tu