Backyard Monsters And Dinosaurs, sebuah pameran tentang haiwan pra sejarah beratus ribu tahun dulu. Diadakan di Marina Putrajaya, berdekatan dengan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.
Kali ini Hafiz berkesempatan untuk bawa Khair kesana kerana tiada sebarang aktiviti ataupun event yang perlu dihadiri pada hujung minggu lepas. Lagipun jarak perjalanan dari rumah tidak begitu jauh, lebih kurang 15 minit sahaja.
Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM10 untuk dewasa, RM8 untuk OKU dan RM5 untuk kanak-kanak. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, sedang-sedang sahaja. Bagi Hafiz ianya bersesuaian dengan kos yang dikeluarkan oleh pihak penganjur untuk memastikan kesemua replika haiwan purba ini kelihatan hidup dan pengunjung yang berkunjung berada di dalam keadaan yang selesa.

Cuma..terdapat satu sahaja masalah. Iaitu..
Majoriti kanak-kanak yang datang pasti ketakutan. Takut disebabkan sound effect suara haiwan purba ini yang menakutkan. Agak lucu juga sebenarnya melihat telatah anak-anak yang nakal diluar, apabila tiba waktunya masuk kedalam ruang pameran pasti akan berkelakuan baik dan menurut perintah. Malah ada yang rela hati untuk berdukung dari mula masuk ke ruang pameran sehinggalah keluar dewan, macam Khair. Hahaha.
Info: Pameran Backyard Monsters And Dinosaurs diadakan dari 31 Ogos 2013 hingga 28 Februari 2014.
p/s: Ada masa lagi nak pergi bawak anak-anak. 🙂
Teringin nak pegi… Tap intah bila la dapat…
next time ada game, bleh je nak join.
lama pameran nih.. boleh laaa pergi nanti sekeluarga,..
dekat depan rumah ko je bro. tak pergi lagi ke?
pastikan ilham jangan nangis mintak balik dah la bro.hehe
hero2 aku mesti suka tempat macam ni..
kena bawak bro. jangan diorang takut dah le. hehe
tak apalah..gua tunggu bapak gua bawak ke sini..
patutnya lu yang bawak bapak lu..hahaha
Nampak menarik ni.. Tentu anak-anak saya suka.. Lagipun harga tiket berpatutan… Taklah semahal harga tiket masuk ke zoo…
zoo agak besar, tapi yang dinosour ni agak kecil sikit..mungkin sebab tu murah harganya bro
Anak2 lelaki saya mesti suka ni..tapi si kecil saya perempuan..mesti dia takut..
kalau anak perempuan, mesti nak berdukung je kerjanya.hahaha
takde map atau peta ke Bro?
tak ada bro..aku pun pergi guna google map je..tapi kalau dari PICC tu dah tak jauh. tak sampai 3 km
Dulu kecik2 memang pernah pergi pameran dinasour ni. Memang takut. Haha
sangat bagus untuk pengetahuan anak-anak maupun orang dewasa.