Kenali Haiwan Pra Sejarah Di Backyard Monsters And Dinosaurs

Backyard Monsters And Dinosaurs, sebuah pameran tentang haiwan pra sejarah beratus ribu tahun dulu. Diadakan di Marina Putrajaya, berdekatan dengan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.

Kali ini Hafiz berkesempatan untuk bawa Khair kesana kerana tiada sebarang aktiviti ataupun event yang perlu dihadiri pada hujung minggu lepas. Lagipun jarak perjalanan dari rumah tidak begitu jauh, lebih kurang 15 minit sahaja.

Backyard Monsters And Dinosaurs

Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM10 untuk dewasa, RM8 untuk OKU dan RM5 untuk kanak-kanak. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, sedang-sedang sahaja. Bagi Hafiz ianya bersesuaian dengan kos yang dikeluarkan oleh pihak penganjur untuk memastikan kesemua replika haiwan purba ini kelihatan hidup dan pengunjung yang berkunjung berada di dalam keadaan yang selesa.

Backyard Monsters And Dinosaurs_1

Backyard Monsters And Dinosaurs_2
Ibu, adik takut!

Backyard Monsters And Dinosaurs_3

Backyard Monsters And Dinosaurs_4

Backyard Monsters And Dinosaurs_5

Backyard Monsters And Dinosaurs_6

Backyard Monsters And Dinosaurs_7

Backyard Monsters And Dinosaurs_8

Backyard Monsters And Dinosaurs_9

Cuma..terdapat satu sahaja masalah. Iaitu..

Majoriti kanak-kanak yang datang pasti ketakutan. Takut disebabkan sound effect suara haiwan purba ini yang menakutkan. Agak lucu juga sebenarnya melihat telatah anak-anak yang nakal diluar, apabila tiba waktunya masuk kedalam ruang pameran pasti akan berkelakuan baik dan menurut perintah. Malah ada yang rela hati untuk berdukung dari mula masuk ke ruang pameran sehinggalah keluar dewan, macam Khair. Hahaha.

Info: Pameran Backyard Monsters And Dinosaurs diadakan dari 31 Ogos 2013 hingga 28 Februari 2014.

p/s: Ada masa lagi nak pergi bawak anak-anak. ­čÖé

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *