Kempen Boikot Restoran Dan Kedai Makan Yang Tak Letak Tanda DILARANG MEROKOK?


Terang lagi bersuluh, rokok tak ada kebaikan pun buat si perokok. Malah, keburukannya wujud bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga orang di sekeliling yang turut menghidunya.

Bila baca je entri blog Ben Ashaari berkenaan rancangan kempen untuk boikot restoran dan kedai makan yang tak letak tanda dilarang merokok, awal-awal lagi aku mengaku.. memang aku sokong 100% pada kempen sebegini.

Sebab apa?

Sebab aku pun rimas dengan asap-asap rokok.

Well.. honestly bukan rimas sebenarnya, tapi lebih kepada rasa nak marah.

Ye la.. Kau bayangkan eh.. niat di hati awal-awal pagi nak bawa family untuk makan breakfast di kedai sambil menghirup udara pagi yang segar. Sekali.. bila kau dah duduk menghadap makanan, tiba-tiba orang sebelah kau nyalakan rokok.

Bukan seorang.. Bukan sebatang..

Tapi 4 orang satu meja, bersilih ganti menghembus asap rokok dengan bangganya. Bagaikan didepan mereka wujud satu dinding yang menghalang penglihatan daripada “perasan” akan kewujudan 2 manusia kecil kat sebelah aku.

Spoil mood weh. Serius.. spoil mood. Udara segar, hilang begitu saja.

Adoyai.. Nak ditegur, dah tua bangka. Ada yang berjanggut, beruban, berkopiah. Kang ditegur, silap-silap kata generasi muda kurang ajar.

Jadi, kat sini wujudnya peranan tokey kedai. Ada baiknya jika di setiap kedai diletakkan signage DILARANG MEROKOK. Bukan apa.. kerana ini juga salah satu cara untuk mendidik perokok supaya lebih alert dengan orang disekeliling mereka.

Nak tegur, macam aku kata tadi la. Kalau perokok lebih kurang sebaya, boleh lagi. Cuba kalau kena pakcik tua? Takpun brother sado yang merokok? Tak ke ketar lutut nak pergi bersemuka. Lagi-lagi untuk perempuan, mereka hanya mampu menahan bau dengan menutup hidung dengan tudung.

Aku percaya, kalau diwujudkan satu signage besar DILARANG MEROKOK dalam kedai, tak akan jatuh mufliskan bisnes sesebuah kedai tu pun. Melainkan, makanan kat kedai tu memang masak tak sedap dan core income dia memang mostly daripada penjualan rokok. Kalau macam ni better tutup je bisnes kedai makan, jual rokok tepi jalan lagi bagus. Ada berani? Huhuhu

Hasil daripada Google – Kalau takut sangat pelanggan berkurang? Boleh bina ruang privasi macam ni, khas untuk perokok.



7 KOMEN

  1. Orang merokok ni berasap je kita yang duduk dekat-dekat ni..dengan bau lagi, faktor kesihatan lagi..adudu.. baguslah setuju sangat kalau restoren letak simbol dilarang merokok tu..kan.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini