in

Keluarkan Lagi Duit KWSP


Ya.. Selesai urusan pengeluaran duit KWSP untuk pengurangan ansuran bulanan rumah buat kali ketiga.

Macam sebelum-sebelum ni jugak, duit yang aku keluarkan adalah dari akaun 2.

Aku keluarkan sikit, wife pun keluarkan sikit.

Bila dicampur kedua-duanya, kira dapatlah cover instalment bulanan rumah almost 40% setiap bulan untuk 8 bulan yang akan datang.

Bangunan KWSP

Well.. 40%, okay sangat dah tu. Tolak daripada budget yang kena bayar rumah tiap-tiap bulan, kiranya lebihan cash yang ada kat tangan boleh simpan untuk benda lain pulak ie beli emas or simpan dalam tabung haji, etc.

Nota: Almaklumlah.. nak tinggal duit banyak-banyak dalam KWSP, dah tak meyakinkan sangat. Ekonomi pun terumbang-ambing, silap-silap nanti tak sempat merasa simpanan KWSP. Hahaha.

Masa buat pengeluaran semalam, sempat jugak aku ajukan 2 soalan yang aku rasakan musykil kepada pegawai bertugas, iaitu:

  1. Berapa kali pengeluaran akaun 2 untuk pengurangan ansuran bulanan pinjaman rumah boleh dilakukan? Jawapan yang diterima –  Selagi di dalam akaun 2 KWSP korang masih mempunyai baki dan pinjaman perumahan masih aktif, tiada limit pengeluaran dikenakan. KECUALI untuk kes mengurangkan jumlah baki pinjaman perumahan, pengeluaran hanya boleh dibuat setahun sekali sahaja.
  2. Macam mana pula sekiranya pemohon ingin membuat pengeluaran akaun 2 melalui iAkaun? Jawapan yang diterima – Korang perlu mempunyai akaun online (iAkaun) dimana dalam masa yang sama, sebelum ini korang pernah membuat pengeluaran akaun 2 di kaunter KWSP berhampiran (Supaya ada rekod. Dah ada rekod baru boleh buat online).

Okay. Faham. So, lepas 8 bulan nanti, aku bercadang nak apply online pulak. Rasanya malas dah nak pergi kaunter. Dah la kena bangun awal untuk elak traffik jam, buat online lebih jimatkan masa.

p.s: Nasib baik baki dalam akaun 1 hanya boleh diguna pakai untuk Unit Trust ataupun Tabung Haji, kalau tak dengan baki dalam akaun 1 aku guna untuk bayar rumah. Hehehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Leceh tak proses nak keluarkan duit kwsp kita? Sebab ingat nak keluarkan jugak utk wat bayar ptptn lumsum sekaligus.. Kalau tak keluar sekarang, entah bila pulak nak keluar.. Dengan ekonomi negara yang huru hara sekarang ni.. Membimbangkan betul.. Huhu..

  2. MASA BELI RUMAH PAKAI NAMA BINI AKU(LOAN/PURCHASE AGREEMENT) SBB AKU BLACKLIST..SO BOLEH KE AKU KLUAR KAN AKAUN 2 AKU UNTUK SUPPORT BINI AKU WALAU PUN NAMA AKU X DE SAMA SKALI ADA KAT PURCHASE AGREEMENT TU?

      • saya bukan nak beli rumah tapi nak bt rumah..tanah sndri x de tp sy blh buat rumah kat tanah father in law..nak keluarkan ni bkn kwsp saya tapi suami saya punya..tolong..macam ne cara paling mudah nak buat..

  3. saya dah beli rumah pertama..dah habis bayar dan saya beli lagi rumah yg ke dua.
    boleh tak saya buat pengeluaran bulanan utk rumah ke dua ni
    saya difahamkan rumah pertama kena jual atau tukar nhak milik nama isteri dulu
    baru boleh keluarkan duit kwsp akaun 2 utk pengeluaran rumah
    mohon pencerahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *